vascular plant | tumbuhan vaskular | Botani | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai sistem vaskular, iaitu floem dan xilem untuk mengangkut air dan nutrien Jenis tumbuhan ini terdiri daripada paku pakis, angiosperma dan gimnosperma. |
vascular plant | tumbuhan vaskular | Botani | Tiada | Tumbuhan yang mempunyai sistem vaskular, iaitu floem dan xilem untuk mengangkut air dan nutrien Jenis tumbuhan ini terdiri daripada paku pakis, angiosperma dan gimnosperma. |
vascular bundle | berkas vaskular | Buluh | Tiada | Tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang dikelilingi oleh selaput serabut dan parenkima. |
fibre sheath | selaput serabut | Buluh | Tiada | Sekumpulan serabut buluh yang membentuk satu berkas vaskular dan melekat pada vesel metaxilem, floem dan protoxilem. Sinonim cecawan serabut. |
fibre bundle | berkas serabut | Buluh | Tiada | Sekumpulan serabut buluh yang membentuk satu berkas vaskular yang terasing daripada vesel metaxilem dan floem oleh parenkima. |
type I vascular bundle | berkas vaskular jenis I | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut secara simetri di sisi xilem dan floem. Berkas vaskular jenis I hanya ditemukan dalam buluh monopodial. Sinonim berkas vaskular jenis terbuka. |
conducting tissue | tisu pengalir | Buluh | Tiada | Bahagian pada berkas vaskular yang berfungsi sebagai pengangkutan, iaitu vesel metaxilem yang berfungsi untuk mengangkut air manakala floem pula mengangkut karbohidrat larut. |
bark | kulit kayu | Herba | Tiada | Kulit luar yang keras pada batang, dahan pokok, akar dan ranting. Kulit ini terdiri daripada seluruh tisu di luar lapisan kambium yang mengandungi floem sekunder, korteks dan periderma. Kulit kayu utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, kulit kayu manis dan kulit kayu pulai. |