Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mat] | فورمت

Definisi : 1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis siri TV) yg dipersembahkan; memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun; pemformatan perihal (proses, perbuatan dsb) memformatkan: para penterjemah banyak menghabiskan masa membuat kerja penyuntingan, ~ dokumen, dan kerja yg berkaitan dgn leksikografi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[for.mat] | فورمت

Definisi : 1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata format


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
portable document format (PDF)format dokumen mudah alih (PDF)-TiadaFormat fail yang dibangunkan oleh Adobe Acrobat untuk memaparkan dokumen termasuk susun atur teks dan grafik yang tetap. Dokumen PDF bebas dipaparkan dan dibaca semula menggunakan pelbagai platform aplikasi.
distributing resultkeputusan edaranTeknologi Maklumate-KesihatanLaporan yang disediakan oleh pakar perubatan melalui aplikasi sistem tertentu dan diedarkan mengikut piawaian kesihatan aras 7 (HL7). Laporan daripada pelbagai format kepada format yang diiktiraf dapat diedarkan melalui sistem yang digunakan.
CD interactive (CD-I)interaktif CDTeknologi MaklumatTiadaFormat cakera padat yang dibangunkan oleh Philips dan Sony yang boleh menyimpan data, audio, video pegun dan grafik animasi. Format ini boleh menampung sehingga 144 minit stereo kualiti-CD, 9.5 jam stereo kualiti-radio-AM, atau 19 jam audio monofonik. Cakera CD-I perlu dimainkan pada pemacu/pemain CD-I yang kebiasaannya disambung kepada set televisyen.
quartokuarto-TiadaFormat yang merujuk kepada empat halaman buku dicetak serentak.
EPUBEPUB-TiadaFormat fail dalam penyediaan e-buku dan teks yang dapat dioptimumkan untuk peranti tertentu mengikut pilihan pengguna.Singkatan bagi electronic publication.
octavooktavo-TiadaFormat yang merujuk kepada lapan halaman buku dicetak serentak pada setiap belah helaian kertas cetak bersaiz standard, dan apabila dilipat akan menghasilkan kuras lapan helaian yang terdiri daripada 16 halaman.
publishing designreka bentuk penerbitan-TiadaFormat persembahan grafik atau reka letak bahan terbitan.
food labellingpelabelan makananSains KesihatanTiadaFormat yang terdapat pasa bungkusan makanan yang memberi maklumat tentang pemakanan dan bahan yang digunakan.
graphic novelnovel grafik-TiadaBuku yang format kandungannya dalam bentuk komik.
housestylegaya penerbitan-TiadaPeraturan atau piawai yang berkaitan dengan ejaan, tipografi, format, persembahan dan elemen lain yang ditetapkan dalam penyediaan bahan terbitan.
12

Kembali ke atas