Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[for.mu.la.si] | فورمالاسي

Definisi : huraian atau penjelasan yg ringkas dan tepat, rumusan; memformulasikan menyatakan sesuatu dgn ringkas dan tepat, merumuskan: Manheim ~ suatu epistemologi yg bersesuaian dgn pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata formulasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
excipienteksipienHerbaPemiawaianBahan lengai yang ditambah ke dalam sesuatu formulasi herba untuk memberikan bentuk kepada tablet atau berfungsi sebagai pencair bagi menstabilkan formulasi. Contohnya, pektin dan sukrosa.
salvesalvaHerbaPemiawaianFormulasi herba yang melekit dan beraroma. Salva disapu pada kulit untuk melegakan bengkak atau gatal.
starter feedmakanan permulaanPerikananTiadaMakanan formulasi ternakan dalam saiz yang halus dan kecil dan kebiasaannya dalam bentuk peroi. Makanan permulaan digunakan pada peringkat awal ternakan di dalam kolam atau sangkar. Kandungan nutrisi bagi makanan ini lebih tinggi berbanding pada peringkat lain ternakan dan harganya juga lebih mahal.
herbal quantificationpengkuantitian herbaHerbaTiadaPelarasan sediaan formulasi herba berdasarkan sesuatu julat kuantiti juzuk yang tertakrif. Pelarasan kuantiti semasa ini dilakukan dengan mencampurkan satu kelompok bahan mentah atau sediaan herba dengan kelompok yang lain.
pharmaseuticalfarmaseutikHerbaPemiawaianBidang sains yang merangkumi penyediaan formulasi drug dan agen terapeutik, pembangunan reka bentuk dos dan sistem penyampaian drug. Contohnya, ekstrak daun kemunting cina (Catharanthus roseus) dibangunkan untuk tujuan farmaseutik sebagai drug antikanser, iaitu vinkristin.
excipienteksipienHerbaTiadaBahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu.
fillerpengisiPerikananAkuakulturBahan yang ditambah tanpa menjejaskan nutrisi utama untuk memenuhi formulasi. Contoh pengisi ialah selulosa, gandum, dedak padi dan tepung jagung.
rice brandedak padiPerikananAkuakulturBahan ramuan atau bahan mentah yang digunakan dalam formulasi makanan rumusan sebagai pengisi dan sumber karbohidrat. Dedak padi merupakan selaput antara kulit padi dengan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma yang diperoleh semasa pemprosesan padi untuk menghasilkan beras. Berat dedak padi ini adalah 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras. Kandungan proteinnya ialah sebanyak 12% – 15% dan bahan serabutnya pula sebanyak 16% – 18%. Dedak padi juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi serta kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini juga mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali sebagai fitat atau asid fitik yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Terdapat dua jenis dedak padi, iaitu dedak padi biasa yang mengandungi 8% lemak dan dedak padi dinyahlemak dengan 1 – 2 % lemak.
product ownerpemilik produkHerbaPeraturan dan PemasaranIndividu, syarikat atau entiti yang berdaftar sebagai pemilik formulasi dan proses pengilangan produk.
case hardeningpengerasan kulitTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPengerasan permukaan keluli setelah selesai proses formulasi keluli. Dalam keadaan ini, permukaan luar akan mengeras terlebih dahulu berbanding lapisan terasnya.
12

Kembali ke atas