Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fos.fat] | فوسفت

Definisi : (Kim) garam asid yg banyak mengandungi fosforus (digunakan sbg baja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fos.fat] | فوسفت

Definisi : ist sebarang garam asid fosforik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fosfat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ground rock phosphatebatuan fosfat kisarPertanian OrganikTanaman Makanan-
apatiteapatitKejururawatanTiadaHablur kalsium dan fosfat yang menyebabkan tulang keras.
coated ringgelang bersalutKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang omboh yang diselaputi ferus oksida, fosfat lembut atau timah untuk menetapkan kedudukannya pada permukaan dinding silinder.
total ashabu totalHerbaTiadaAbu yang mengandungi silika, silikat dan sebatian natrium, kalium, magnesium, kalsium dan ferum yang masing-masing dalam bentuk karbonat, fosfat, klorida dan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu total diperoleh berdasarkan formula 100x/w, iaitu x ialah kandungan abu total dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan lebihan bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah, pasir atau kapur. Namun, terdapat pengecualian terhadap tumbuhan yang banyak mengandungi kalsium oksalat kerana tumbuhan ini akan menghasilkan nilai abu total yang tinggi.
adenosine triphosphate (ATP)adenosina trifosfat (ATP)FizikNanoteknologiMolekul biologi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu molekul gula, ribosa pada pusatnya, serta molekul adenina dan molekul kumpulan fosfat pada sisinya. Molekul ATP bertindak sebagai bateri kimia, menyimpan tenaga apabila tidak diperlukan dan membebaskan tenaga serta-merta apabila organisma memerlukannya. Molekul ATP merupakan pemacu kepada operasi nanomotor biologi. Sinonim molekul ATP.
liquid-membrane electrodeelektrod membran cecairKimiaKimia AnalisisElektrod pemilih ion yang menggunakan membran polimer yang mengandungi pasangan ion yang sesuai untuk mengalami keseimbangan pertukaran ion. Sebagai contoh kalsium, di-N-oktil fosfat di dalam polivinil klorida digunakan untuk menentukan ion kalsium.
nucleotide structurestruktur nukleotidaFizikNanoteknologiStruktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat.
eutrophicationpengeutrofikatanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengayaan nutrien air permukaan yang berlaku secara semula jadi dan dipercepat oleh aktiviti manusia, contohnya pertanian dan pelepasan sisa yang kaya dengan nutrien. Pengeutrofikatan biasanya berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan cuci, baja dan sisa kumbahan yang mengandungi nitrat dan fosfat ke dalam sistem akuatik dan mengakibatkan ledakan alga.

Kembali ke atas