Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fos.for] | فوسفور

Definisi : (Fiz) cecair atau bahan hablur yg berpendar cahaya, dan digunakan dlm pembuatan lampu pendarfluor, televisyen, radar, tiub sinar katod, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fos.for] | فوسفور

Definisi : ist bahan berbentuk cecair atau hablur yg pendar cahaya, digunakan dlm pembuatan tiub lampu pendarfluor, televisyen, radar dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fosfor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computed radiography (CR)radiografi terhitung (CR)Teknologi Maklumate-KesihatanTeknologi yang digunakan untuk mengubah sistem analog pada radiografi konvensional kepada radiografi digital. CR menggunakan piring imejan fosfor yang fleksibel untuk menangkap imej digital. Apabila piring imejan didedahkan kepada sinar-X atau sinar gamma, lapisan fosfor pada piring akan menyimpan imej tersebut. Piring imejan ini seterusnya dibaca oleh pengimbas dan cahaya laser yang terfokus akan mengeluarkan imej yang tersimpan dalam bentuk cahaya foton. Cahaya ini akan dikumpul dan ditukarkan kepada isyarat digital yang akan diproses dan dipaparkan pada komputer.
dual-wavelength photometerfotometer panjang gelombang duaanKimiaKimia AnalisisPengesan fotometri dalam teknik kromatografi turus cecair yang berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung oleh sebatian kimia. Dalam fotometer ini lampu raksa menyinari tabir yang disaluti separa dengan penukar fosfor yang bertindak sebagai sumber cahaya komposit, masing-masing dengan panjang gelombang berbeza iaitu 254 nm dan 280 nm dan terpecah kepada dua alur yang berlainan. Separa relatif pada 254 nm dan 280 nm digunakan sebagai asas kualitatif.
reflection high energy electron diffraction (RHEED)pantulan pembelauan elektron tenaga tinggi (REED)FizikNanoteknologiTeknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor.

Kembali ke atas