photoluminescence | fotopendarcahayaan | Fizik | Nanoteknologi | Proses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut. |
quantum yield | hasil kuantum | Fizik | Nanoteknologi | Ukuran kecekapan penyerapan cahaya dalam suatu sistem kuantum yang diungkapkan sebagai nisbah jumlah foton yang dipancarkan oleh bahan terhadap jumlah foton yang diserap. Contohnya, pemancaran cahaya oleh bintik kuantum apabila diuja oleh sinaran yang mempunyai jarak gelombang lebih pendek seperti sinaran ultralembayung. |
pair production | penghasilan berpasangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02 MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis. |
Compton scattering | penyerakan Compton | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton. |
photonic crystal | hablur fotonik | Fizik | Nanoteknologi | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
entanglement | keterlibatan | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan zarah kuantum seperti elektron, foton atau kubit berinteraksi dalam bentuk pasangan tanpa mengira jarak pemisahan antara mereka. Sekiranya berlaku perubahan keadaan suatu zarah kuantum, keadaan kuantum pasangannya juga akan berubah. Contohnya, keterlibatan antara kubit dalam sistem pengkomputan kuantum. |
photoionization detector | pengesan pemfotoionan | Kimia | Kimia Analisis | Pengesan kromatografi yang menggunakan foton dengan tenaga yang sesuai untuk menghasilkan pengionan lengkap bahan larut dalam gas pembawa lengai. Sumber utama pengionan ialah penyinaran ultra lembayung di dalam sel pengesan yang mengandungi katod berliang yang dilalui oleh gas penghantar dan zat larutan. |
photonics | fotonik | Fizik | Nanoteknologi | Bidang sains yang melibatkan penjanaan, pengawalan dan pengesanan foton terutamanya dalam kawasan spektrum sinar tampak dan inframerah. Contohnya, pengesanan cahaya, sistem telekomunikasi optik gentian, pemprosesan maklumat, holografi dan perubatan seperti endoskopi. |
thermal emission rate | kadar pelepasan terma | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Jumlah pembebasan foton secara spontan disebabkan oleh pergerakan terma cas dalam sesuatu bahan. Sumber pelepasan terma terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang merangkumi gelombang radio, gelombang mikro dan inframerah. |
photoelectric effect | kesan fotoelektrik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga dari 0.01 MeV hingga 0.5 MeV dengan elektron yang berdekatan nukleus. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada bahan yang bernombor atom tinggi. |