contig | kontig | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Jujukan munasabah yang terhasil daripada susunan jujukan DNA atau fragmen-fragmen DNA yang bertindih. Lihat juga penggabungjalinan genom. |
genome assembly | penggabungjalinan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pembinaan semula jujukan asal genom organisma. Fragmen-fragmen DNA yang terhasil melalui proses pemecahan genom disusun semula untuk menghasilkan kontig-kontig dengan menggunakan perisian komputer. Pertindihan kontig-kontig ini menghasilkan perancah yang mempunyai jurang di antaranya. Seterusnya, jujukan DNA sebenar pada jurang-jurang ini ditentukan menggunakan kaedah pemetaan optikal atau penjujukan DNA. |
shotgun sequencing | penjujukan pecah selerak | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA sesuatu genom organisma. Penjujukan pecah selerak melibatkan pembahagian genom kepada jujukan fragmen-fragmen DNA yang kecil. Perisian komputer tertentu menggunakan pertindihan jujukan DNA tersebut untuk menghasilkan semula jujukan yang betul seperti genom organisma asal. |
passage | fragmen | Kesusasteraan | Puisi | Petikan yang bersifat penggalan atau bahagian sesebuah puisi, terutama puisi yang panjang dan berbentuk naratif. Biasanya fragmen itu dipetik daripada bahagian yang penting dan boleh menarik minat pembaca. |
microarray | mikrotatasusunan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Himpunan tompokan fragmen DNA yang terlekat di atas permukaan cip kaca, yang direka bentuk secara khusus untuk analisis mikrotatasusunan. Tompokan fragmen DNA ini mewakili keseluruhan set gen sesuatu organisma yang tersusun dalam corak grid untuk kegunaan ujian genetik. Lihat juga analisis mikrotatasusunan. |
DNA library | perpustakaan DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pengumpulan fragmen DNA pelbagai saiz yang telah diklonkan ke dalam vektor pengklonan tertentu supaya penyelidik boleh mengenal pasti dan mengasingkan fragmen DNA yang diperlukan untuk kajian selanjutnya. Contoh perpustakaan DNA ialah perpustakaan DNA genom dan perpustakaan cDNA. |
DNA fragment | fragmen DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Cebisan kecil jujukan DNA berukuran antara 100 pasangan bes (bp) hingga 300 bp yang terhasil melalui proses fragmentasi DNA. |
Amplified Fragment Length Polymorphism (AFLP) genotyping | pengenotipan Amplifikasi Polimorfisme Panjang Fragmen (AFLP) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
expressed sequence tag (EST) | label jujukan terekspres (EST) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Fragmen DNA pendek (biasanya dengan panjang 200 hingga 500 nukleotida) yang dihasilkan dari cDNA. Label jujukan terekspres boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti gen yang diekspresikan tetapi tidak diketahui fungsinya dalam genom. |
next-generation sequencing (NGS) | penjujukan generasi hadapan (NGS) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menjujuk dan memproses berjuta-juta fragmen DNA dan RNA secara selari dengan lebih cepat dan murah berbanding dengan teknik jujukan Sanger. |