commercial bank | bank perdagangan | Ekonomi | Tiada | Institusi pengantara kewangan yang ciri utamanya menawarkan akaun semasa, di samping menjalankan fungsi-fungsi umum bank. |
Heaviside step function | fungsi injak Heaviside | Fizik | Nanoteknologi | Fungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron). |
safety function | fungsi keselamatan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Fungsi yang mesti dipenuhi untuk memastikan keselamatan kemudahan nuklear. Fungsi keselamatan juga termasuk aktiviti pencegahan atau pengurangan kesan radiologi daripada kendalian normal, kejadian kendalian yang dijangka dan keadaan kemalangan. |
function | fungsi | Kesusasteraan | Tiada | Aksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera. |
artificial narrow intelligence (ANI) | kecerdasan terhad buatan (ANI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya. |
density functional theory | teori fungsi ketumpatan | Fizik | Nanoteknologi | Satu teori yang digunakan untuk mengkaji struktur elektronik pada sistem banyak jasad, terutama sistem molekul dan fasa terkondensasi. Teori ini adalah untuk menggantikan fungsi gelombang elektron banyak jasad dengan ketumpatan elektron sebagai kuantiti asas. Fungsi gelombang banyak jasad bersandar pada pemboleh ubah 3N, iaitu 3 pemboleh ubah ruang bagi setiap jasad N, sedangkan fungsi ketumpatan hanya bersandar pada tiga pemboleh ubah ruang ketumpatan dan lebih mudah dikendalikan. |
nonlinear programming | pengaturcaraan tak linear | Matematik | Tiada | Satu cabang matematik gunaan yang berkaitan dengan mencari nilai maksimum atau minimum fungsi beberapa pemboleh ubah, apabila pemboleh ubah di kekangkan daripada menghasilkan nilai fungsi lain yang terletak dalam julat tertentu dan sama ada fungsi yang akan dimaksimumkan atau diminimumkan, atau sekurang-kurangnya salah satu fungsi yang nilainya dikekangkan adalah tak linear. |
mortality function | fungsi kemortalan | insurans | Tiada | Fungsi yang bergantung kepada jangka masa hayat manusia. |
accumulation function | fungsi tumpuan | insurans | Tiada | Fungsi yang digunakan untuk meningkatkan nilai wang atau dana di masa hadapan. |
structural functional analysis | analisis fungsi struktur | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki berbagai-bagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Setiap bahagian memiliki fungsi masing-masing dan perlu dipenuhi bagi memelihara keseimbangan keseluruhan masyarakat. Kegagalan melaksanakan fungsi bahagian tertentu akan menyebabkan ketidakstabilan sistemnya dan turut mengganggu bahagian lain. Oleh itu, penyesuaian terpaksa dibuat bagi mengembalikan keseimbangan masyarakat tersebut. Contohnya, kepincangan atau kemelesetan dalam sektor ekonomi Indonesia pada tahun 1997 telah menggugat kestabilan politik dan menjatuhkan rejim Soeharto. |