functional reflex | refleks fungsian | Sains Sukan | Biomekanik | Sejenis refleks luar kawal yang mengawal segala mekanisme fungsi fisiologi di dalam tubuh. Contohnya, degupan jantung. |
functional communication | komukinasi fungsian | Sains Kesihatan | Tiada | Penggunaan perkataan sehari-hari semasa berkomunikasi dengan individu yang mengalami masalah pertuturan. |
functional gain | gandaan fungsian | Sains Kesihatan | Tiada | Perbezaan ambang pendengaran semasa memakai dan tidak memakai alat bantu pendengaran. Pengukuran ini dilakukan untuk menentukan nilai tambahan yang diberikan oleh alat bantu pendengaran kepada pemakainya. |
functional region | wilayah fungsian | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kawasan geografi yang memperlihatkan pertalian fungsi tertentu, bahagian-bahagian yang saling bergantungan apabila ditakrifkan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. |
functional interoperability | saling kendali fungsian | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Keupayaan sistem teknologi maklumat, produk dan aplikasi perisian yang berbeza untuk berkomunikasi, bertukar data dan menggunakan data yang telah ditukar ganti. Skema dan piawaian pertukaran data tersebut membenarkan data dikongsi dalam kalangan pakar perubatan, makmal, hospital, farmasi dan pesakit pada masa kini atau masa hadapan tanpa sebarang sekatan. |
functional distribution of incame | agihan pendapatan fungsian | Ekonomi | Tiada | Agihan pendapatan atau pulangan antara faktor-faktor pengeluaran seperti buruh dan modal, tanpa mengambil kira siapa yang memiliki faktor-faktor tersebut. |
flow analysis | analisis aliran | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penentuan wilayah fungsian berdasarkan arah dan keamatan aliran antara pusat dominan dengan kawasan sekitar. |
gravitational analysis | analisis graviti | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penentuan wilayah fungsian yang menumpukan perhatian kepada daya tarikan antara bahagian pusat. |
adaptive behaviour scale | skala tingkah laku suaian | Pendidikan | Tiada | Skala mengukur perkembangan kemahiran fungsian individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan fizikal. Skala ini mengukur penyesuaian tingkah laku dalam beberapa bidang seperti perkembangan fizikal, komunikasi dan sosialisasi. |
fluorophore | fluorofor | Fizik | Nanoteknologi | Komponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH. |