futurism | futurisme | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan seni yang muncul di Itali pada tahun 1909 untuk menggantikan nilai estetik tradisional dengan ciri yang menekankan penggunaan teknologi moden. Pergerakan yang singkat dalam kesenian dan kesusasteraan Eropah ini menolak dengan tegas tradisi konvensi seni sebelumnya, dan peraturan nahunya demi memaparkan dinamisme pad abad ke-20 yang dikenali juga sebagai �abad mesin�. Futurisme bertujuan melahirkan bentuk, subjek, dan gaya yang baharu dalam karya sastera terutamanya puisi. Teknik puisi yang baharu ini melibatkan eksperimen percetakan, dan komposisi sajak yang direka dengan bunyi-bunyian tanpa makna. Lihat juga garda depan. |
vorticism | vortisisme | Kesenian | Tiada | Pergerakan seni lukis abstrak di England pada 1912-1915, yang melibatkan pengaruh Kubisme dan Futurisme. |
Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem. |
avant-garde | avant-garde | Kesusasteraan | Tiada | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan,latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme. |
avant-garde | garda depan | Kesusasteraan | Tiada | Perihal penerokaan, pembaharuan dan inovasi dalam sastera dan seni, terutamanya dalam drama dan teater. Dalam drama khususnya, avant-garde merujuk kepada pembaharuan teknik pementasan dari segi struktur, lakonan, latar hias, aspek pementasan dan lain-lain. Avant-garde juga merujuk kepada teater eksperimen apabila struktur dan gaya persembahan baharu digunakan. Avant-garde berasal daripada perkataan Perancis vanguard bermaksud �barisan hadapan�. Lihat juga futurisme. |