Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.bu.ngan] | ݢابوڠن

Definisi : 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.bu.ngan] | ݢابوڠن

Definisi : 1 kumpulan sesuatu yg diberkas; ikatan: Penyapu ini kecil benar ~nya. 2 persatuan beberapa kumpulan atau beberapa persatuan lain: ~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung. 3 sesuatu (perkataan dll) yg telah digabungkan. ~ kata kumpulan beberapa kata yg membentuk kata majmuk, simpulan bahasa, rangkai kata, frasa dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affiliate reservation networkrangkaian tempahan gabungan/jaringan tempahan gabunganPelanconganTiadaSiri tempahan yang digunakan bersama-sama oleh ahli gabungan hotel atau agensi pelancongan.
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I).
fiber cushionkusyen seratKesenianHiasan DalamanKusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan.
coalitioncampuranSains PolitikPolitik PerbandinganGabungan beberapa puak, kelompok, organisasi atau parti yang membentuk satu unit politik bagi menghadapi atau mencapai sesuatu matlamat sepunya seperti membentuk kerajaan, menghalang ancaman musuh atau mengurangkan konflik sesama mereka. Fenomena gabungan biasanya wujud dalam sistem Parlimen moden apabila tidak ada satu parti tunggal yang berjaya mendapat majoriti yang jelas bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Kestabilan gabungan amat bergantung kepada rundingan dan bentuk pengagihan kuasa yang dipersetujui. Gabungan juga wujud dalam konteks hubungan antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar seperti yang pernah berlaku sewaktu Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Secara amnya gabungan mempunyai tiga bentuk yang utama iaitu yang bersifat sementara bagi mencapai matlamat segera, yang bersifat jangka masa tertentu dan gabungan yang berbentuk konkrit bagi satu tempoh yang lama. Contohnya, Barisan Nasional merupakan gabungan beberapa parti politik yang membentuk kerajaan Malaysia.
combination packpek gabunganHerbaPeraturan dan PemasaranDua atau lebih produk herba yang dibungkus bersama-sama untuk dipasarkan. Produk-produk ini terdiri daripada produk berdaftar dan perlu didaftarkan semula sebagai produk tunggal yang dikelaskan sebagai pek gabungan. Sekiranya suatu produk pek gabungan terdiri daripada produk berdaftar yang dimiliki oleh pemilik yang berbeza, surat kebenaran daripada pemilik setiap produk tersebut perlu diserahkan untuk pendaftaran berserta dengan butiran produk, iaitu nama produk dan nombor pendaftaran produk.
aggregated scoreskor gabunganPendidikanTiadaGabungan skor yang berasaskan pentaksiran yang sama atau setara bagi satu populasi pelajar yang dinyatakan dalam bentuk purata.
combined loadingpembebanan gabunganSains SukanBiomekanikGabungan tindakan daya yang menghasilkan mampatan paksi, tegangan paksi, pembengkokan, kilasan atau mana-mana kombinasi daya ini terhadap sesuatu jasad.
mixed grainira gabunganKesenianHiasan DalamanGabungan ira tegak atau ira rata pada sambungan yang sama, yang terbentuk pada permukaan kayu.
conurbationkawasan gabunganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawasan bandar atau gabungan beberapa buah bandaran kecil di sempadan bandar utama yang mempunyai hubungan langsung dengan bandar utama.
nestingperanggu kisahKesusasteraanTiadaBentuk gabungan kisah yang terdapat dalam sesebuah cerita. Gabungan terbentuk apabila sesebuah kisah dijalinkan atau dicernakan dengan sebuah kisah yang lain hingga membentuk satu plot cerita yang tersendiri.
12345678910...

Kembali ke atas