debutante | gadis awal kenal | Sejarah | Tiada | Gadis yang diperkenalkan untuk pertama kalinya di istana raja khususnya di Britain atau di kalangan orang-orang yang terkemuka. |
panjat adat | panjat adat | Keris | Tiada | Adat menghantar keris melalui wakil untuk meminang gadis setelah lamaran secara biasa ditolak ibu bapa gadis. |
diffusion | resapan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan pembacaan puisi yang meresapi emosi khalayak. Contohnya, puisi "Pemuda dan Gadis Tionghua" karya Usman Awang. Pemuda dan gadis Tionghua, di sini bumi dan dan udara kita yang menghidupkan dan bagi kematian, o tanah air dengan kepastian tidak seorang pun akan mungkir kerana kejujuran tertambat pada kesetiaan mengalir. |
adaptation | saduran | Kesusasteraan | Puisi | Pengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi. |
interlude | selingan | Kesusasteraan | Puisi | Sesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri. |
Maid of Orleans (Joan of Arc) | Gadis Orleans (Joan of Arc) | Sejarah | Tiada | Tiada |
panjat angkara | panjat angkara | Keris | Tiada | Adat merampas gadis dengan menggunakan keris sebagai ancaman kepada sesiapa yang cuba menghalang kehendak dirinya. |
hymen | himen/selaput dara | Perubatan | Tiada | Selaput yang menutupi rongga faraj gadis. |
sinumandak(Mur.) | sinumandak(Mur.) | Kesenian | Tiada | Motif anyaman berunsur geometri berbentuk retin yang menjadi asas pembelajaran menganyam oleh gadis sunti dalam budaya kaum Murut. |
negimpung(Mur.) | negimpung(Mur.) | Kesenian | Tiada | Motif anyaman berunsur tumbuhan berbentuk daun yang menjadi lambang penolakan cinta seorang gadis terhadap tunangnya dalam cerita rakyat kaum Murut. |