congestive heart failure | kegagalan jantung kongestif | Kejururawatan | Tiada | Keadaan apabila salah satu ventrikel jantung gagal mengepam darah secepat darah memasuki atrium ataupun kedua-dua ventrikel gagal mengepam isi padu darah yang sama. Ini mengakibatkan kegagalan mengekalkan peredaran darah yang sempurna. |
fault tree analysis (FTA) | analisis pokok gagal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah deduktif yang merungkai kegagalan sesuatu sistem daripada peristiwa utama hingga kepada peristiwa asas. |
nonforfeiture option | opsyen tidak lucut hak | insurans | Tiada | Sekiranya insured gagal membayar premium seperti yang ditetapkan, ia boleh memilih sama ada mendapatkan wang tunai, membuat pinjaman untuk menjelaskan premiumnya, atau menukar bentuk polisinya kepada insurans sementara diperluas atau insurans berbayar terkurang. |
dead heat | keputusan tergantung | Sukan | Lumba Basikal | Keadaan apabila pengadil gagal menentukan tempat pertama dan kedua antara dua (2) pelumba di garisan penamat. |
invalid transaction | transaksi tidak sah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Transaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut. |
misfire | salah nyalaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan campuran udara-bahan api yang gagal dinyalakan dengan sempurna disebabkan oleh kegagalan palam pencucuh untuk mencetuskan bunga api pada masa yang ditetapkan. Keadaan ini berlaku sama ada secara berterusan atau tidak berkala yang menyebabkan kehilangan kuasa dan operasi enjin menjadi kurang lancar. |
backqardation | bayaran tangguh serah | Ekonomi | Tiada | Bayaran yang dibuat oleh pespekulasi kepada pembeli kerana gagal menyerahkan saham atau komoditi pada tarikh yang ditetapkan. Di bursa komoditi, bayaran tangguh serah merupakan perbezaan antara harga serta-merta dengan harga ke depan iaitu harga belian komoditi tersebut. Lihat juga harga serta-merta, pasaran ke depan. |
backup device | peranti sandaran | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peranti yang tersedia sekiranya peranti utama gagal berfungsi. |
surety bond | bon tanggungan | insurans | Tiada | Bon yang akan memberi pampasan berbentuk wang jika penanggung obligasi gagal untuk melakukan sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. |
account receivable insurance | insurans akaun belum terima | insurans | Tiada | Insurans terhadap kerugian yang berlaku apabila insured gagal mengutip akaun belum terima apabila rekod rosak atau hilang disebabkan oleh bencana yang dilindungi oleh polisi insurans. |