[ga.lur] | ݢالور
Definisi : alur; susur-~ salasilah, asal usul;bergalur-galur beralur-alur, berjalur-jalur; menggalur mencari punca atau asal: makna yg boleh digalur drpd falsafah mistik dlm Islam;menggalur-galur memeriksa, mengusut (hingga kpd asalnya); menggalurkan menguraikan sampai kpd asalnya;penggaluran perihal menggalurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ga.lur] | ݢالور
Definisi : lekuk yg kecil tetapi panjang. bergalur mempunyai galur; berlekuk kecil yg memanjang. bergalur-galur mempunyai atau terdapat lekuk-lekuk yg kecil memanjang; bergaris-garis panjang. menggalur-galur menyelidik atau memeriksa asal usul sesuatu peristiwa dll. menggalurkan menerangkan atau menghuraikan sesuatu perkara dll dr mula hingga akhir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)