Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj alat muzik (dibuat drpd bilah-bilah kayu atau gangsa yg panjangnya tidak serupa); ~ keromong gamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gambang I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tembangtembangKesusasteraanTiadaKarangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud nyanyian atau puisi. Lihat juga kidung.
likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
gamelan Jawagamelan JawaMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di Surakarta dan Jogjakarta dari awal kurun Masihi. Ensembel ini dimainkan bagi upacara dan hiburan orang bangsawan di istana dan rakyat biasa di desa. Gamelan Jawa juga dipersembahkan untuk mengiringi tarian dan wayang. Alat muzik merangkumi alat yang menandakan masa seperti gong ageng, suwukan, siyem, kempul, kenong, ketuk dan kempyang; alat yang menghasilkan melodi asas seperti saron demung dan saron barung; alat yang membungai melo­di asas seperti bonang, gambang, rebab, suling dan celempung serta alat dram seperti gendang, ciblong dan ketipung. Penyanyi pesindhen dan gerong juga membungai melodi asas. Dua jenis skel yang digunakan ialah skel lima ton, iaitu slendro dan tujuh ton, iaitu pelog.
kidungkidungKesusasteraanTiadaPuisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji yang disampaikan dalam bentuk kidung. Lihat juga macapat.

Kembali ke atas