gangsa | gangsa | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. <i>Gangsa i>terdiri daripada gong yang diperbuat daripada gangsa. Saiznya sederhana dan berdinding nipis. Alat muzik ini dipegang dengan sebelah tangan dan dipukul dengan pemukul kayu. Beberapa biji gong gangsa dimainkan dalam ensembel secara bertingkah-tingkah oleh kaum Kalinga di daerah utara Filipina untuk mengiringi tarian. |
lead bronze | gangsa plumbum | Kejuruteraan | Tiada | Gangsa yang ditambah plumbum untuk memperbaiki kebolehmesinan gangsa dan memperbaiki ketahanan haus bagi galas gangsa. |
bronze alloy | campuran gangsa | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Campuran pelbagai logam untuk menghasilkan artifak gangsa. Campuran ini melibatkan tembaga, plumbum dan timah. Analisis yang dilakukan terhadap gendang gangsa di Malaysia dan Indochina menunjukkan peratusan yang paling tinggi ialah tembaga diikuti plumbum dan yang paling rendah ialah timah. Campuran gangsa ini membolehkan jangka hayat artifak tahan lebih lama di samping mengekalkan kekerasannya. Selain gendang gangsa, artifak lain adalah seperti alat perhiasan diri, mangkuk gangsa dan loceng gangsa. |
bronze bell | loceng gangsa | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Alat yang diperbuat daripada gangsa yang tergolong dalam Zaman Gangsa. Perkembangannya dianggarkan berlangsung sekitar 500 SM sehingga 500 M. Di Asia Tenggara, loceng gangsa yang terkenal berbentuk silinder yang mempunyai tangkai di bahagian puncaknya, manakala bahagian badannya pula mempunyai hiasan geometri. Loceng ini melambangkan status individu. Loceng ini digantung pada bahagian leher gajah milik golongan bangsawan, dan juga digunakan untuk tujuan perdagangan. Di Malaysia, loceng ini ditemui di Kampung Pencu, Muar (Johor). |
bronze age | zaman gangsa | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Zaman yang merujuk kepada penggunaan bahan gangsa sebagai campuran utama untuk menghasilkan artifak. Zaman ini merupakan salah satu daripada Zaman Logam yang terdapat di Malaysia dan Asia Tenggara yang dianggarkan bermula sekitar 1000 SM dan berakhir sekitar 1000 M. Pada masa tersebut, pelayaran semakin berkembang sehingga taburan gangsa dapat dikesan di seluruh Asia Tenggara. Teknologi acuan juga telah mula dikenali pada zaman ini. Antara artifak yang terkenal ialah gendang Dong Son dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk (Terengganu) dan Muar (Johor). |
bronzes | arca gangsa | Kesenian | Tiada | Arca figur yang dibuat daripada gangsa. |
Bronze Age | Zaman Gangsa | Kesenian | Tiada | Zaman tamadun Eropah pada tahun 3500 Sebelum Masihi bila manusia menggunakan gangsa. |
bronze | gangsa | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Aloi tembaga dan timah yang mempunyai campuran kira-kira 90 peratus tembaga dan 10 peratus timah. Kebanyakan gangsa mempunyai dua elemen ini, namun terdapat juga elemen lain seperti plumbum, arsenik atau antimoni dijumpai di dalamnya. Penambahan bahan timah ke dalam tembaga akan memudahkan kerja membuat acuan untuk menjadikan hujung alat dan senjata lebih keras. Contohnya, gendang, alat perhiasan, senjata dan cangkul. |
bronze diabetes | diabetes gangsa | Perubatan | Tiada | Penyakit kronik dengan hemosiderin dienapkan di dalam hati, pankreas, kulit dan organ-organ lain, dengan cirinya ialah pempigmenan gangsa pada kulit. |
patina | patina | Kesenian | Tiada | 1. Tahi tembaga atau gangsa yang terjadi pada hasil seni tembaga atau gangsa akibat pengoksidaan atau sudah lama.,2. Ton atau jalinan lunak dan lembut pada karya seni yang sudah lama |