Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.ja.ran] | ݢنجرن

Definisi : 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ja.ran] | ݢنجرن

Definisi : 1 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg tanda telah berjasa; hadiah pembalas jasa: Dia telah pun menerima ~ atas jasa yg telah dilakukannya. 2 balasan perbuatan jahat; hukuman: Seseorang yg berbuat jahat, lambat laun pasti akan menerima ~nya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
golden handcuffsganjaran keemasanPentadbiran PerniagaanTiadaGanjaran berbentuk insentif kewangan yang diberikan oleh syarikat kepada pekerja untuk memastikan mereka kekal bekerja dan tidak berpindah ke syarikat lain.
frequent flyerpengguna penerbangan kerapPelanconganTiadaPenumpang yang berdaftar dengan program pengguna kerap dan layak mendapat mata ganjaran setiap kali menggunakan perkhidmatan serta dibenarkan menebus ganjaran tersebut setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.
frequent lodger programprogram penginap kerapPelanconganTiadaProgram untuk penginap setia yang berdaftar sebagai ahli dan telah mengumpulkan mata ganjaran setelah menggunakan perkhidmatan penginapan. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus melalui pelbagai bentuk, seperti baucar dan potongan harga bilik.
referral codekod rujukanPentadbiran PerniagaanTiadaGabungan unik antara nombor, huruf atau kedua-duanya yang diberikan kepada pengguna/pelanggan untuk dikongsikan dan digunakan oleh pengguna/pelanggan lain bagi mendapatkan ganjaran wang tunai atau diskaun semasa membuat pembelian barangan atau perkhidmatan tertentu. Pemilik kod rujukan akan mendapat ganjaran setiap kali kod tersebut digunakan.
positive reinforcementpengukuhan positifPerubatanPsikiatriGanjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik.
instrumental crimejenayah berhabuanKriminologiKeadilan JenayahKesalahan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan lain. Contohnya, pecah rumah, rompakan dan curi.
development incentiveinsentif pembangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBeberapa bentuk ganjaran yang ditawarkan oleh pihak berkuasa bagi menggalakkan pembangunan.
instrumental murderpembunuhan berhabuanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang melibatkan pembunuhan bermotifkan ganjaran dalam bentuk kewangan, pangkat, harta dan kepentingan yang lain.
poetic justicekeadilan puitisKesusasteraanTiadaKonsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem.
volume incentiveinsentif volumPelanconganTiadaKomisen tambahan yang ditawarkan oleh syarikat atau pengedar kepada wakil jualan sebagai ganjaran untuk meningkatkan jualan.
12

Kembali ke atas