effusion | efusi | Kimia | Kimia Analisis | Pengeluaran gas di bawah tekanan melalui suatu bukaan. Kadar pengeluaran ini (efusi) berkadar terus kepada luas bukaan itu. Kadar efusi relatif gas-gas adalah berkadar songsang kepada punca ganda dua berat molekul masing-masing. Asas ini digunakan secara amalinya untuk menyelidik tekanan wap rendah dan berat molekul gas-gas. Alatan yang digunakan untuk tujuan ini disebut Knudsen. |
exhaust gas | gas ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gas terbakar dan tidak terbakar yang tinggal selepas proses pembakaran dalam silinder enjin. Kandungan gas ini merangkumi pancaran ekzos yang berbahaya dan gas yang tidak berbahaya seperti oksigen berlebihan dan wap air. Komposisi sebenar gas ini bergantung kepada jenis bahan api, nisbah udara dan bahan api, suhu dan keadaan kebuk pembakaran, serta parameter operasi enjin seperti pemasaan injap dan pencucuhan. Lihat juga pancaran ekzos. |
exhaust-gas analyser | penganalisis gas ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peralatan yang digunakan untuk mengukur jumlah bahan pencemar yang terdapat dalam gas ekzos yang dihasilkan oleh enjin. Terdapat beberapa jenis peralatan bergantung pada bilangan bahan pencemar yang diukur. Contohnya, penganalisis jenis dua gas boleh mengukur kandungan gas hidrokarbon dan karbon monoksida, manakala penganalisis jenis empat gas boleh mengukur gas hidrokarbon dan karbon monoksida bersama- sama dengan gas oksigen dan karbon dioksida. Terdapat juga penganalisis gas ekzos yang berkeupayaan lebih tinggi yang boleh mengukur gas lain seperti nitrogen oksida. Komposisi gas karbon monoksida, karbon dioksida dan oksigen biasanya dibaca dalam kiraan peratus, manakala gas hidrokarbon dan nitrogen oksida dibaca dalam unit bahagian per juta (ppm). |
effusiometer | efusiometer | Kimia | Kimia Analisis | Alatan yang digunakan untuk menentukan berat molekul gas-gas daripada pengukuran efusi. |
carrier gas | gas pembawa | Kimia | Kimia Analisis | Gas yang berfungsi sebagai fasa gerak dalam teknik kromatografi gas. Contohnya helium, argon, dan nitrogen. |
permanent gas | gas tetap | Kimia | Kimia Analisis | Gas yang mempunyai suhu genting di bawah suhu bilik dan gas ini didapati mustahil untuk dicairkan dengan tekanan sahaja. |
greenhouse gas | gas rumah hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Gas atmosfera yang menyerap inframerah dan memancarkan haba ke persekitarannya. Gas ini terdiri daripada wap air, karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan ozon. |
gas electrode | elektrod gas | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada gas yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion gas tersebut dan biasanya dalam kehadiran logam lengai seperti platinum. Contohnya gas hidrogen yang bersentuhan dengan larutan yang mengandungi ion H+ di permukaan logam platinum. |
intermittent gas lift | angkat gas terputus-putus | Kejuruteraan | Tiada | Sinonim: angkat gas aliran terputus-putus. Salah satu kaedah angkat gas. Dalam Kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan ke dalam tetiub dalam jangka masa tertentu dan kemudian dihentikan. Setelah beberapa lama, dilakukan suntikan sekali lagi. Begitulah proses penyuntikan diulangi sesuai dengan perulangan yang dikehendaki yang bergantung kepada kedalaman lubang telaga atau titik suntikan dan isi padu bendalir yang ingin diangkat dari dasar lubang telaga ke permukaan. |
gas chromatography mass spectrometry | kromatografi gas spektrometri jisim | Herba | Pemiawaian | Kaedah kromatografi yang berasaskan gas sebagai fasa gerak. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Pengesan yang digunakan mengesan signal berasaskan profil berat fragmen molekul yang terion. Kaedah ini digunakan untuk menentukan profil minyak pati dalam ekstrak serai wangi (Cymbopogon nardus). |