Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gas.ter] | ݢستر

Definisi : (Bio) bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yg terletak di antara esofagus dan usus kecil, perut besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gas.ter] | ݢستر

Definisi : ist bahagian salur pencernaan berbentuk kantung yg terletak di antara esofagus dan usus kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaster


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peptic ulcerulser peptikKejururawatanTiadaLuka atau hakisan tisu yang terbentuk di lapisan membran mukosa disebabkan oleh ketidakseimbangan mukus gaster dan asid gaster yang seterusnya menyebabkan enzim pepsin menghakis mukosa. Biasanya lokasi berlakunya luka atau hakisan tisu ini adalah di gaster dan duodenum.
gastric emptyingpengosongan gasterSains KesihatanTiadaProses pengosongan gaster.
gastric emptying timetempoh kosong gasterSains KesihatanTiadaTempoh masa kandungan dalam gaster dikeluarkan ke usus.
vomitusmuntahanKejururawatanTiadaKandungan gaster yang dikeluarkan semasa muntah.
gastrointestinal motilitymotiliti gastroususSains KesihatanTiadaPergerakan gaster dan usus.
gastritisgastritisKejururawatanTiadaKeadaan inflamasi pada lapisan gaster. Ia mungkin disebabkan oleh kerengsaan setempat, pemakanan, serangan bakteria, radiasi dan tekanan emosi. Ciri klinikalnya ialah sakit di epigastrium, loya dan muntah, dan terasa kenyang.
vomitingmuntahKejururawatanTiadaTindakan refleks yang mengeluarkan kandungan gaster melalui mulut. Muntah dikawal oleh pusat muntah yang terletak di medula oblongata.
acute gastritisgastritis akutKejururawatanTiadaInflamasi akut pada gaster yang dicirikan oleh kesakitan pada epigastrik, loya, muntah, dan demam.
esophageal refluxrefluks esofagusSains KesihatanTiadaPengaliran keluar kandungan gaster yang berasid ke esofagus.
regurgitationregurgitasiKejururawatanTiadaPerihal memuntahkan bahan-bahan yang belum tercerna dari gaster ke mulut.
12

Kembali ke atas