bassadanza | bassadanza | Muzik | Tiada | Tarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16 biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel.Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gay.Temponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan improvisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551). |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherd�s Calendar oleh Spenser dan Shepherd�s Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �gembala kambing�. Lihat juga idil. |