Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[géar] | ݢيار

Definisi : (géar) susunan roda-roda bergigi dlm enjin yg membolehkan kuasa dihantar dr satu bahagian ke bahagian lain utk menukar kelajuan atau arah pergerakan; menggear menggunakan gear. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[géar] | ݢيار

Definisi : /géar/ selengkap roda bergigi yg dipasang dlm sesuatu jentera utk menggerakkan bahagian-bahagian lain dgn kadar kelajuan yg berbeza-beza. ~ rendah gear yg digunakan apabila jentera bergerak perlahan (spt ketika kenderaan mula bergerak). ~ tinggi gear yg digunakan apabila jentera bergerak laju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gear


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spur geargear tajiKejuruteraanKejuruteraan MekanikGear pada roda gear bulat dengan gigi gear menyurih garisan lurus yang selari dengan paksi gear. Gear ini merupakan binaan gear yang paling ringkas dan hanya boleh digunakan untuk menyambungkan dua batang aci yang dilengkapi roda gear taji dan paksinya selari antara satu sama lain. Gear ini biasanya terdapat dalam kotak gear yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan kelajuan putaran aci.
annulus geargear anulusMekanikGunaanGear yang giginya berada di sebelah dalam roda gear. Gear anulus digunakan untuk penggearan dalam. gear ini juga dinamai gear dalam. Lihat juga penggearan dalam, gear kisar.
planet geargear planetMekanikGunaanGear yang bergrak di antara gear suria dengan gear anulus dalam sistem gear kisar. Gear planet berputar disekitar paksinya sendiri sambil beredar mengelilingi gear suria, dan paksinya terhubung pada paksi gear suria oleh sebatang lengan. Lihat juga gear kisar.
epicyclic geargear kisarMekanikGunaanSistem gear yang terbentuk daripada satu atau lebih gear planet yang bersirat dengan gear suria secara luar dan dengan gear anulus sistem itu [Rajah G7]. Paksi gear suria dan gear planet terhubung oleh sebatang lengan tegar yang dinamai pembawa planet. gear planet berputar di sekitar paksinya sambil beredar di sekitar gear suria dengan bantuan lengan tersebut. Jika gear suria ditetapkan, gear anulus menjadi pemacu dan jika gear anulus tetap, gear suria menjadi pemacu. Dalam kedua-dua kes tersebut, langan yang menghubungkan gear suria dengan gear planet menjadi pengikut. Sistem gear ini juga dinamai rangkaian gear kisar mudah. Lihat juga rangkaian gear kisar. RAJAH G7 (rujuk Mss. 44)
simple trainrangkaian mudahMekanikGunaan(bagi sistem gear) Sistem gear yang tidak melibatkan sebarang gear pertengahan, ataupun yang gear-gear pertengahannya tidak mempengaruhi nisbah halaju sistem berkenaan. Dalam rangkaian mudah, setiap aci pertengahan mempunyai satu roda yang terlekat padanya. Nisbah halaju yang diperoleh daripada rangkaian mudah sama dengan nisbah bilangan gigi roda pada aci pemacu terhadap bilangan gigi roda pada aci pengikut. Lihat juga gear pemelahu.
idler geargear pemelahuMekanikGunaanGear pertengahan yang menghubungkan pemacu dan pengikut tetapi tidak mempengaruhi nisbah halaju sistem gear yang berkenaan. Gear pemelahu digunakan apabila jarak di antara gear pemacu denga gear pengikut adalah besar tetapi saiz pemacu dan pengikut itu tidak mahu diperbesar. Gear pemelahu digunakan juga untuk mengubahsuaikan hala putaran roda pengikut. Gear ini jyga dinamai roda pepura. Gear ini disebut pemelahu sahaja. Lihat juga gear pemacu, gear pengikut, nisbah halaju.
ring geargear gelangMekanikGunaanNama yang digunakan untuk gear anulus pada gear kisar. Lihat juga gear anulus, gear kisar.
internal spur geargear taji dalamKejuruteraanKejuruteraan MekanikRoda gear yang mempunyai gigi gear taji yang dibina di bahagian dalam lilitan bulatan roda gear. Susunan ini membolehkan arah putaran roda gear menjadi sama dengan arah putaran roda gear lain atau pinan yang digandingkan dengan roda gear ini. Gear taji dalam banyak digunakan dalam sistem pacuan enjin dan kotak gear mesin industri.
sun geargear suriaMekanikGunaanGear komponen bagi gear kisar yang berada di tengah-tengah sistem gear yang berkenaan dengan gear planet beredar di kelilingnya. Lihat juga gear kisar.
follower geargear pengikutMekanikGunaanGear yang gerakannya dihasilkan oleh gear pemacu dan berperanan memindahkan tenaga yang dimasukkan kepada sistem gear yang berkenaan melalui gear pemacu. Lihat juga gear pemacu.
12345678910...

Kembali ke atas