Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.dé/] | ݢديق

Definisi : (gedék) Jw buluh yg dianyam utk dinding rumah (pagar dll), anyaman sasak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.dé/] | ݢديق

Definisi : (gedék) Kl; gedek-gedek (buah) mata kucing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang gedekwayang gedekKesenianDrama dan TeaterTradisi wayang kulit di Malaysia yang berasal daripada tradisi Nang Talung dari Thailand. Pada masa kini, wayang gedek mempersembahkan pelbagai cerita semasa. Lihat jugawayang kulit.
wayang gedekwayang gedekMuzikTiada

Teater wayang kulit di Perlis, Kedah dan Kelantan yang berasal daripada teater nang talung di selatan Thailand. Teater ini menggunakan patung kecil yang dibawa khas dari Thai­land. Bahasa Thai dan bahasa Melayu digunakan bagi cerita yang bertemakan penduduk tempatan dan epik Ramayana. Wayang gedek diiringi ensembel Thai yang terdiri daripada pi (shawm), klong that (geduk), thon (gedumbak), klong khaek (gendang), ching (kesi), mong (gong) serta saw u dan saw duang (alat muzik bertali).

serunai pemetong (Mal)serunai pemetongKesenianTiadaAlat tiup berpipit yang digunakan dalam wayang kulit gedek di Kedah.
wayang kulit Jawawayang kulit JawaMuzikTiada

Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malay­sia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung.

mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.

wayangwayangMuzikTiada

Persembahan teater di Malaysia dan di Indonesia. Contohnya, wayang kulit bermaksud sesuatu persembahan teater yang ceritanya dikisahkan oleh seorang dalang dengan menggunakan bayang-bayang patung di belakang kelir. Di Indone­sia, wayang wong menggunakan watak yang terdiri daripada orang dan wayang golek yang menggunakan patung tiga dimensi. Di Malaysia, maksud wayang telah diperluas seperti wayang Cina merujuk kepada opera Cina manakala wayang gambar merujuk kepada filem. Lihat juga wayang kulit Jawa, wayang gedek, wayang kulit Melayu, wayang kulit Kelantan, wayang golek, wayang wong.

gedukgedukMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Geduk ialah dram berbentuk tong pendek. Geduk mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan pelekat dan pancang kayu. Geduk diletakkan secara menegak dengan menggunakan dua batang kayu dan dipukul dengan sepasang kayu kecil. Geduk terdapat dalam dua saiz, iaitu geduk anak yang bersaiz kecil dan geduk ibu bersaiz besar. Geduk dimainkan dalam ensembel wayang kulit Kelantan bagi mengiringi muzik perang dan pergerakan watak kasar. Di utara Semenanjung Malaysia, geduk dimainkan dalam ensembel wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai klong di Thailand dan skor thomm di Kemboj

gedumbakgedumbakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gedumbak ialah dram berbentuk piala. Dram ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Alat muzik ini ditiunkan dengan menggunakan baji kayu kecil yang akan menegangkan tali rotan tersebut. Gedumbak dipukul dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka atau menutup bahagian hujung dram tersebut. Gedumbak terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz kecil dikenali sebagai gedumbak anak dan saiz besar dikenali sebagai gedumbak ibu. Kedua-dua gedumbak ini dimainkan secara bertingkah-tingkah dalam ensembel wayang kulit Kelantan, wayang gedek dan menora.

nang talungnang talungMuzikTiada

 Teater wayang kulit rakyat dari selatan Thailand yang ber­asaskan cerita epik Ramakien atau Ramayana. Nang talung di­iringi ensembel muzik yang terdiri daripada pi (shawm), klong (dram), ching (simbal) dan saw u dan saw duang (alat dua tali). Nang talung menggunakan patung kecil yang dimainkan oleh seorang dalang yang duduk di belakang sebuah kelir dan lampu tergantung. Setiap patung tersebut mempunyai satu watak sahaja. Wayang gedek Malaysia berasal daripada nang <


Kembali ke atas