supportive care | jagaan sokongan | Kesihatan Awam | Tiada | Kaedah jagaan untuk menghalang gejala awal penyakit, penjagaan keselesaan, pengurusan gejala, kesan sampingan rawatan penyakit, dan penjagaan kelegaan. |
psychosomatic disorder | gangguan psikosomatik | Perubatan | Psikiatri | Penyakit psikiatri apabila seseorang mengalami gejala fizikal yang menyebabkannya berasa tertekan berpunca daripada konflik psikologi. Walau bagaimanapun, gejala fizikal tersebut tidak dapat dibuktikan dengan pemeriksaan fizikal dan ujian. Sinonim psychosomatic illness. |
symptom-based strategy | strategi berasaskan gejala | Kesihatan Awam | Tiada | Langkah yang diambil tanpa berdasarkan ujian, seperti penyembuhan individu daripada penyakit berjangkit. Melalui kaedah ini, pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari selepas individu menunjukkan gejala, sihat sekurang-kurangnya 72 jam dan pengurangan demam tanpa penggunaan sebarang ubat. |
long-tailed COVID-19 | COVID-19 berlarutan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
post-acute COVID-19 | COVID-19 pascaakut | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
long-COVID-19 symptom | simptom COVID-19 berpanjangan | Kesihatan Awam | Tiada | Pelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala. |
influenza-like illness | gejala demam selesema ( ڬجالا دمم سلسما ) | Kesihatan Awam | Tiada | Tiada |
ague | agu | Herba | Fitoterapi | Gejala demam yang teruk seperti demam malaria atau sebarang penyakit yang menyebabkan demam dan dicirikan oleh badan menggigil yang berurutan. |
cephalalgia | sefalalgia | Herba | Fitoterapi | Gejala yang berkaitan dengan sakit kepala. Sinonim sefalopati. |
vertigo | vertigo | Herba | Fitoterapi | Gejala yang menyebabkan seseorang berasa persekitaran atau diri sendiri berputar akibat gangguan di bahagian dalaman telinga atau otak. Vertigo boleh merupakan gangguan sementara atau berterusan. |