Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gél] | ݢيل

Definisi : (gél) bahan kental yg berupa seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut; ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gél] | ݢيل

Definisi : /gél/ bahan kental yg rupanya seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut atau dlm produk ubat-ubatan. ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gel chromatographykromatografi gelKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang menggunakan turus atau permukaan yang mengandungi gel polimerik seperti polistirena atau gel silika. Pemisahan adalah berdasarkan saiz dan bentuk molekul.
sol-gel glass formingpembentuk kaca sol-gelFizikNanoteknologiAlat khas bagi menghasilkan sfera kaca berskala nano. Sfera kaca ini digunakan untuk pengkapsulan enzim bagi melindunginya daripada serangan kimia dan fizik persekitaran atau digunakan juga untuk pengkapsulan minyak tengik dalam krim kulit supaya tidak berbau busuk dan memedihkan mata.
gasket cementsimen gasketKejuruteraan AutomotifEnjinGel cecair atau bahan pelekat yang digunakan untuk mengikat gasket dengan permukaan yang akan bersentuhan dengan permukaan lain. Bahan ini juga boleh digunakan terus untuk menjalankan fungsi gasket.
hand sanitizerpensanitasi tanganKesihatan AwamTiadaBahan yang berupa cecair atau gel yang digunakan untuk membersihkan bahan pencemaran seperti kuman (bakteria, virus, kulat dan lain-lain) penyebab penyakit.
drying reagentreagen pengeringKimiaKimia AnalisisBahan kimia, sama ada berbentuk pepejal seperti gel silika dan penapis molekul atau cecair seperti asid sulfurik pekat dan gliserol, yang mempunyai afiniti yang kuat terhadap air dan berupaya menyerap air daripada bahan-bahan lain. Bahan-bahan ini biasanya digunakan di dalam balang pengering dan dalam menara atau turus.
lip tint/lip staintinta bibirPentadbiran PerniagaanTiadaPerona bibir dalam bentuk cecair atau gel. Tinta bibir kekal lebih lama pada bibir pemakainya berbanding dengan lipstik.
peptisationpeptisasiKimiaKimia AnalisisPenghasilan larutan koloid suatu bahan seperti penghasilan larutan sol daripada gel.
thin layer chromatography (TLC)kromatografi lapisan nipis (TLC)HerbaPemiawaianKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis.
wet chemical processproses kimia basahFizikNanoteknologiSatu proses menghasilkan bahan tertentu bermula daripada larutan bahan kimia seperti sol-gel dan sepemendakan. Proses ini merupakan teknik kos rendah untuk menyediakan nanozarah, bintik kuantum, nanorod dan nanowayar.
solvent strengthkekuatan pelarutKimiaKimia AnalisisKeupayaan sesuatu pelarut untuk dijerap oleh sesuatu penjerap dalam kromatografi misalnya alumina atau gel silika.
123

Kembali ke atas