Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk meng­gantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (gélang); ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelang I

Puisi
 

Gelang intan dalam puan,
     Gelang emas di kain berlipat;
Bila terpandang wajah tuan,
     Hati berdebar lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hujan tak sekali jatuh,
     simpai tak sekali erat.

Bermaksud :

Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. simpai = gelang-gelang daripada rotan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ring of Saturngelang ZuhalMatematikTiadaTiga gelang bulat yang berada betul-betul dalam satah khatulistiwanya yang melingkungi gelang ini dikenali juga sebagai gelang kuar, gelang cerah dan gelang krep.
O-ringgelang OKejuruteraan AutomotifTiadaGelang O: Gelang yang dibuat daripada getah khas dan diletakkan di dalam pengalur untuk kedapan yang baik.
piston ringgelang ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGelang yang dipasang di dalam pengalur gelang omboh yang terdiri daripada gelang mampatan dan gelang pengawal minyak.
anticoronaantikoronaFizikOptikFenomenon belauan yang terjadi pada suatu titik tepat di hadapan pemerhati sementara matahari atau bulan di belakangnya. Pembelauan ini mengandungi gelang-gelang cahaya berwarna yang saling melengkapi dengan gelang-gelang korona.
ring openingbukaan gelang; pembukaan gelangKimiaTiadaTiada
ring openingbukaan gelang; pembukaan gelangKejuruteraanTiadaTiada
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifTiadaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
ring mountainsgunung gelangMatematikTiadaKawasan tinggi di permukaan bulan yang terdiri daripada bongkah timbul berbentuk gelang-gelang seperti Apenuiness.
Intalox saddle ringgelang pelana IntaloxKejuruteraanKejuruteraan KimiaGelang seramik yang berbentuk pelana terbuka dan digunakan sebagai pemadat dalam turus terpadat. Gelang ini lebih ekonomi daripada gelang pelana Berl.
12345678910...

Kembali ke atas