piston ring | gelang omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gelang yang diperbuat daripada keluli yang dipasang pada lurah omboh. Terdapat dua jenis gelang, iaitu gelang mampatan dan gelang minyak. Gelang mampatan bertujuan untuk membentuk kedap di antara piston dengan dinding silinder, manakala gelang minyak untuk menyingkir minyak pelincir yang terlekat pada dinding silinder supaya tidak memasuki kebuk pembakaran. |
ring gap | pelega gelang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ruang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas. |
compression ring | gelang mampatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gelang teratas atau dua gelang teratas yang terdapat pada omboh. Gelang ini berfungsi untuk mengelakkan kebocoran semasa pemampatan dalam lejang mampatan dan semasa proses pembakaran dalam lejang kuasa. Gelang ini biasanya diperbuat daripada besi tuang dan besi mulur. |
piston ring | gelang omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gelang yang dipasang di dalam pengalur gelang omboh yang terdiri daripada gelang mampatan dan gelang pengawal minyak. |
ring expander | pengembang gelang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat yang digunakan untuk memasang dan mengeluarkan gelang pada omboh. Gelang dikembangkan oleh alat ini dengan menggunakan prinsip tuas semasa proses memasangnya pada omboh atau mengeluarkannya daripada omboh. |
piston ring compressor | pemampat gelang omboh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk memampatkan gelang omboh masuk ke dalam pengalur gelang omboh supaya omboh dan gelang omboh boleh dipasang ke dalam silinder enjin. |
ring gap | celah gelang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang di antara kedua-dua hujung gelang omboh apabila dipasang di dalam silinder. Ruang ini mempunyai ukuran tertentu untuk membenarkan gelang mengembang apabila enjin panas dan kedua-dua hujung gelang tidak bertolakan antara satu sama lain. |
oil ring | gelang minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gelang yang terletak paling jauh daripada mahkota omboh. Gelang minyak dipasang pada omboh untuk menyingkirkan baki minyak pelincir yang berlebihan dan masih melekat pada dinding silinder. Penyingkiran ini dapat mengelakkan minyak pelincir daripada melepasi omboh dan masuk ke dalam kebuk pembakaran. Minyak yang berlebihan sekiranya masuk ke dalam omboh akan terbakar dan menghasilkan bahan toksik yang akan dibebaskan ke persekitaran bersama-sama gas ekzos. Sinonim gelang kawalan minyak. |
vertical grain | ira tegak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil daripada kaedah pemotongan atau penggergajian pada anggaran sudut sebelah kanan gelang pertumbuhan. Gelang ini menghasilkan sudut 45 darjah atau lebih pada permukaan kepingan kayu. |
ring expander | pengembang gelang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk memasukkan dan mengeluarkan gelang omboh ke/dari alur gelang omboh. |