bubble wrap | pembungkus gelembung/pembalut gelembung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan plastik lut sinar yang mempunyai gelembung dipenuhi udara untuk memberikan perlindungan daripada kesan hentakan atau getaran dari luar bungkusan. Bahan ini biasanya digunakan untuk membungkus atau membalut barangan rapuh dan mudah pecah seperti kaca dan sebagainya. |
bubble | gelembung | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lapisan cat yang bergelembung. |
travel bubble | gelembung perjalanan | Kesihatan Awam | Tiada | Tiada |
filter bubble | gelembung saringan | Umum | Tiada | Situasi apabila seseorang hanya mendengar atau melihat berita dan maklumat yang menyokong apa yang mereka sudah percaya dan suka, terutamanya situasi yang dicipta di internet hasil daripada algoritma (set peraturan) yang memilih hasil carian seseorang. |
puffer jacket | jaket gelembung | Umum | Tiada | Jaket paras pinggang atau pinggul yang dijahit dengan material lembut dan tebal yang menjadi beberapa bahagian sehingga menampakkannya seperti bergelembung. |
vesicle | vesikel | Fizik | Nanoteknologi | Gelembung kecil bahan surfaktan dalam saiz nanometer, dan mempunyai dua lapisan permukaan yang terbentuk dalam air hasil susunan molekul bahan tersebut yang bersifat amfifilik. Vesikel terdapat dalam sel biologi dan berfungsi menyimpan atau memindahkan bahan-bahan dalam sel. Vesikel buatan digunakan untuk menghantar drug (ubat) ke organ tertentu dan menyimpan enzim. |
nucleation | penukleusan | Fizik | Nanoteknologi | Permulaan peralihan fasa dalam suatu kawasan kecil atau dikenali sebagai tapak penukleusan. Peralihan fasa ini boleh dalam bentuk pembentukan gelembung atau hablur dalam cecair atau pada permukaan yang mengandungi cecair atau wap. Penukleusan juga berlaku dalam hablur, amorfus atau gugusan kekosongan bagi bahan pepejal. Penukleusan homogen dapat dibentuk secara spontan atau rawak menerusi kaedah yang melibatkan superpanas atau supersejuk ke atas media. Keadaan ini berlaku dalam proses pembenihan awan dan dalam instrumen seperti kebuk gelembung dan kebuk awan. Penukleusan merupakan proses awal untuk menghasilkan bahan nanostruktur. |
buckle | meleding | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan dinding atau sebarang komponen yang berubah bentuk seperti gelembung atau lengkungan disebabkan tekanan beban yang melampau seperti logam, bod, dan sebagainya yang meleding atau piut (kiat). |
depolarizer | penyahkutub | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang dicampurkan kepada elektrolit sel primer untuk menghidar pembentukan gelembung hidrogen yang berlebihan. Bahan ini akan bergabung secara kimia dengan gas hidrogen yang terbentuk. |
receiver | penerima | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bekas silinder yang menyimpan cecair pendingin daripada bahagian kondenser. Bekas ini juga digunakan untuk menyerap gelembung gas dan wap yang tertinggal dalam sistem selepas pembersihan dan pengeringan. |