antifungal | antikulat | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat. Contohnya, ekstrak metanol daripada daun gelenggang besar (Cassia alata) yang bersifat antikulat. |
antisyphilitic | antisifilis | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau merawat sifilis yang berkaitan dengan penyakit kelamin. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) atau daun gelenggang (Senna alata) yang bersifat antisifilis. |
candidiasis | kandidiasis | Herba | Pemiawaian | Jangkitan atau penyakit pada tubuh seperti panau yang disebabkan oleh kulat Candida terutamanya Candida albicans. Contoh herba yang boleh merawat kandidiasis ialah ekstrak daun gelenggang besar (Cassia alata). |
dermatology | dermatologi | Herba | Pemiawaian | Salah satu cabang bidang perubatan yang mengkaji kulit, termasuklah pengkajian tentang struktur, fungsi dan penyakit kulit, serta diagnosis dan rawatan penyakit yang berkesan. Contohnya, daun gelenggang besar (Cassia alata) digunakan untuk merawat panau dan ekstrak kulit rambai (Baccaurea motleyana) untuk mencerahkan kulit. |
anticholinergic | antikolinergik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang merencat reseptor asetilkolina, seterusnya menghasilkan kesan yang berlawanan dengan kesan asetilkolina seperti takikardia, bronkodilatasi, midriasis dan sembelit. Contohnya, ekstrak daun melada pahit (Brucea javanica) atau daun gelenggang (Senna alata) yang bersifat antikolinergik digunakan untuk merawat sembelit. |
processed herbal material | bahan herba terproses | Herba | Tiada | Bahan herba yang telah diproses secara khusus untuk meningkatkan keselamatan dan/atau keberkesanan, memudahkan kegunaan secara klinikal atau menghasilkan sediaan herba. Contohnya, tinktur halia, makjun tongkat ali dan salap gelenggang. |