[ge.lo.joh] | ݢلوجوه
Definisi : 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ge.lo.joh] | ݢلوجوه
Definisi : 1 suka makan banyak-banyak serta dgn gopoh dan kasar laku; lahap: Sungguhpun makanan itu tidak sedap tetapi oleh sebab perut lapar, kami makan juga dgn ~nya. 2 ki cepat-cepat atau gopoh (tidak cermat) dlm melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)