Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang;

Puisi
 

Angin barat gelombang timur,
     Ombak memecah di atas tangga;
Tuan di barat kami di timur,
     Panas bersama datang menganga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wave groupkumpulan gelombangSains MarinTiadaSatu siri gelombang yang merambat secara bersama-sama, iaitu arah gelombang, panjang gelombang dan ketinggian gelombangnya hanya terdapat sedikit perbezaan. Terdapat dua jenis gelombang, iaitu gelombang mekanikal yang memerlukan suatu medium untuk perambatannya dan gelombang elektromagnet, iaitu gelombang yang tidak memerlukan sebarang medium untuk perambatannya.
shear wavegelombang ricihTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang bergerak berserenjang dengan arah gelombang merambat. Dalam gelombang ricih, zarah berayun pada sudut yang melintang kepada arahan itu. Gelombang ini melibatkan pergerakan zarah mericih atau merentasi arah perambatan pada sudut tegak. Kelajuan gelombang ini kira-kira setengah lebih perlahan daripada gelombang membujur. Oleh sebab kelajuannya yang lebih perlahan, gelombang ricih mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding gelombang membujur pada frekuensi yang sama. Gelombang ricih hanya boleh bergerak dalam bahan pepejal. Sinonim gelombang melintang.
surface wavegelombang permukaanSains MarinTiadaGelombang mekanikal yang menyebar di sepanjang muka antara media yang berbeza. Contohnya, gelombang graviti di sepanjang permukaan cecair seperti gelombang lautan. Gelombang graviti juga boleh berlaku dalam cecair, iaitu antara dua cecair dengan kepadatan yang berlainan.
Rayleigh wavesgelombang RayleighTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang ultrabunyi yang bergerak pada permukaan sampel. Dalam gelombang Rayleigh, zarah-zarah bergetar dan bergerak secara elips pada permukaan dan subpermukaan bahan dengan kedalaman satu panjang gelombang. Pada keluli, ia bergerak dengan kelajuan sekitar 0.9 X kelajuan gelombang ricih. Gelombang ini telah ditemui oleh Lord Rayleigh pada tahun 1885. Rajah menunjukkan lakaran pergerakan gelombang Rayleigh pada permukaan dan subpermukaan sampel.
progressive wavegelombang progresifSains MarinTiadaGelombang yang dijana di sepanjang alur penuh air atau merentasi permukaan laut yang terdedah. Gelombang progresif merupakan gelombang anjakan zarah-zarah dalam medium berserenjang ke arah gelombang yang bergerak.
antennaantenaFizikNanoteknologiSistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar.
longitudinal wavegelombang membujurTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMod gelombang bunyi yang menunjukkan arah pergerakan gelombang sama dengan pergerakan molekul rambatannya. Gelombang ini boleh wujud dalam bahan logam, cecair atau gas. Ketumpatan zarah pula berkeadaan turun naik disebabkan oleh pergerakan gelombang tersebut. Sinonim gelombang mampatan.
gravity wavegelombang gravitiSains MarinTiadaGelombang yang tertakluk pada daya graviti dan daya keapungan yang dijana di permukaan bebas lapisan tunggal seperti di permukaan laut atau di batas, di antara lapisan atau di dalam medium yang berstrata stabil. Gelombang graviti pada permukaan udara laut dikenali sebagai gelombang graviti permukaan, manakala gelombang yang berada dalam jasad air pula dikenali sebagai gelombang dalaman. Gelombang yang disebabkan oleh angin pada permukaan air adalah seperti gelombang graviti yang menghasilkan tsunami dan pasang surut lautan.
edge wavegelombang pinggirSains MarinTiadaGelombang yang wujud terutama di tepi garis pemutus dan tersebar di sepanjang pantai. Gelombang ini dihasilkan oleh gelombang tuju dengan amplitud yang maksimum di garis pantai dan berkurang dengan cepat ke arah laut.
internal wavegelombang dalamanSains MarinTiadaGelombang yang terbentuk di perbatasan antara dua lapisan air yang berbeza ketumpatannya. Gelombang ini berlaku di bawah permukaan laut dan tidak berlaku di permukaan laut. Berbeza dengan gelombang permukaan yang disebabkan oleh angin, gelombang dalaman berlaku disebabkan oleh penurunan ketumpatan air secara berterusan yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air.
12345678910...

Kembali ke atas