Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.pa] | ݢمڤا

Definisi : goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, meng­gegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.pa] | ݢمڤا

Definisi : 1 = bergempa bergerak bergentar atau bergoncang. 2 = ~ bumi gerakan (goncangan) bumi yg tiba-tiba. menggempakan menjadikan bergempa; menggegarkan atau menggoncang: Letupan yg kuat itu telah ~ kawasan sekelilingnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempa

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epicentre of earthquakepusat-gempa gempa bumiFizikTiadaTiada
aftershockkejutan lanjur , gegar penghujungGeologiTiadaGempa bumi yang mengiringi gempa bumi yang lebih besar atau kejutan utama, dan gempa bumi ini bermula berhampiran dengan, atau di fokus gempa bumi yang lebih besar.
earthquake intensitykeamatan gempa bumiGeologiTiadaUkuran kesan suatu gempa bumi di tempat tertentu. Keamatan tidak hanya bergantung pada magnitud gempa bumi tetapi juga pada jarak dari gempa bumi ke epipusat dan pada geologi tempatan.
moonquakesgempa bulanMatematikTiadaGegaran di dalam bulan yang dapat dikesan dengan seismometer yang dipasang di bulan semasa pendaratan Apollo, walaupun gempa bulan tidak sehebat gempa bumi, dan terjadi antaranya kerana tegasan akibat tarikan graviti antara bumi dengan bulan.
earthquake periodtempoh gempa bumiGeografiTiadaTempoh berlakunya gempa bumi.
intermediate focus earthquakegempa bumi fokus perantaraanGeologiTiadaGempa bumi yang fokusnya terdapat di antara kedalaman kira-kira 60 km dan 300 km.
shallow-focus earthquakegempa bumi fokus-cetekGeologiTiadaGempa bumi yang mempunyai fokus di kedalaman kurang daripada 70 km.
earthquake magnitudemagnitud gempa bumiGeologiTiadaUkuran kekuatan suatu gempa bumi, atau tenaga terikan yang dibebaskannya.
earthquake wavegelombang gempa bumiGeologiTiadaGelombang anjal yang dihasilkan oleh gempa bumi atau yang terjana secara buatan melalui peledakan, termasuk gelombang jasad dan gelombang permukaan.
earthquake insuranceinsurans gempa bumiPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak.
12345678910...

Kembali ke atas