genealogy | genealogi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu mengenai salasilah garis keturunan atau asal usul manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Contoh: jurai keturunan raja-raja dalam sastera sejarah. |
genealogy | genealogi | Biologi | Genetik | Rekod temurun keluarga, kumpulan atau perseorangan daripada leluhur. salasilah. |
catalogue verse | puisi katalog | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat. |
pedigree | salasilah | Biologi | Genetik | lih. genealogi. |
wa | wa | Muzik | Tiada | Muzik vokal berbentuk cerita yang dinyanyikan secara solo dan korus oleh wanita kaum Kajang di Sarawak. Lirik lagu wa merangkumi genealogi keluarga dan ucapan selamat datang ke rumah panjang. Lagu wa yang dinyanyikan semasa penamatan sesuatu majlis dikenali sebagai lagu parap. |