generic drug name | nama drug generik | Farmasi | Farmakologi | Nama rasmi sesuatu drug yang telah ditetapkan dalam International Nonproprietary Name (INN) bagi menyatakan kandungan zat kimia di dalamnya. Nama generik perlu diutamakan dalam menu1is preskripsi sesuatu drug. Contoh nama drug generik ialah parasetamol, propranolol dan omeprazol. |
generic drug | ubat generik | Perubatan | Tiada | Ubat yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal yang bukan pengeluar asal ubat tersebut setelah hak patennya tamat. Ubat generik ini mempunyai komposisi kimia yang sama dengan ubat asli tetapi biasanya mempunyai bentuk fizikal yang berbeza. Ia juga akan diberi nama dagang yang berlainan daripada nama dagang asal. Ubat generik adalah lebih murah berbanding ubat asal tetapi mempunyai kesan yang sama. |
generic drug name | nama drug generik | Perubatan | Tiada | Lihat nama ubat generik. |
generics | generik | Farmasi | Farmaseutik | Drug atau formulasi drug yang tidak lagi mempunyai perlindungan paten. Drug generik boleh memasuki pasaran apabila paten asas yang melindungi drug asal telah luput. Drug ini diwajibkan memenuhi syarat biokesetaraan dengan drug yang asal. |
generic drug name | nama ubat generik | Perubatan | Tiada | Nama rasmi ubat yang tercatat dalam farmakopia dan juga dikenali sebagai nama tak proprietari antarabangsa (International nonproprietary name). Nama ini ditentukan oleh Persatuan Farmasi Amerika dan didaftarkan di bawah United State Adopted Names (USAN). Nama generik perlu diutamakan dalam menulis preskripsi. Contohnya, Paracetamol, Propranolol dan Omeprazol. Sinonim nama drug generik. |
generic strategy | strategi generik | Pengurusan | Perancangan | Strategi yang dipilih oleh pengurusan atasan organisasi untuk mencapai kelebihan daya saing dalam skop pasaran pilihannya. Ia merupakan strategi umum yang diguna pakai dalam pelbagai industri dan pasaran. Strategi generik diperkenalkan oleh Michael Porter yang melibatkan strategi kepimpinan kos, strategi pembezaan dan strategi fokus. |
bioequivalence | biokesetaraan | Perubatan | Farmakologi | Keadaan apabila ubat generik menghasilkan ciri farmakokinetik dan farmakodinamik yang setara dengan ubat yang dihasilkan oleh pengeluar asal. Pembuktian biokesetaraan memerlukan kajian farmakokinetik perbandingan antara ubat asal dengan ubat generik yang melibatkan sukarelawan yang sihat. Dua ubat dikatakan mempunyai biokesetaraan apabila kedua-duanya menghasilkan nilai bioketersediaan yang mempunyai perbezaan kurang daripada 20 %. Sinonim bioekuivalens. |
generic product | barangan generik | Komunikasi | Korporat | Barangan yang dipasarkan tanpa menonjolkan jenama. Harga barangan ini lebih murah berbanding barangan yang berjenama. Walau bagaimanapun, mutu barangan ini tidak semestinya rendah berbanding barangan berjenama. Pengedar besar biasanya mengenal pasti barangan yang terbaik dalam kalangan barangan generik ini untuk dibeli dan diletakkan jenama pengedar tersebut untuk dipasarkan. Contohnya, bahan pencuci dan barangan makanan seperti minyak masak. |
generic | generik; umum; genus | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
generic | generik; umum; genus | Matematik | Tiada | Tiada |