acrylic fiber | gentian akrilik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gentian buatan yang menyerupai bulu, bersifat lembut dan hangat. Gentian ini berfungsi untuk menggantikan bulu asli dan dijadikan permaidani, ambal atau kemasan lantai. Gentian akrilik juga bersifat tahan kedut dan tahan cemar serta mudah dibersihkan. |
Runkel ratio | nisbah Runkel | Buluh | Tiada | Petunjuk bagi menentukan kualiti gentian untuk penghasilan pulpa dan kertas. Nilai nisbah Runkel kurang daripada 1 akan menghasilkan pulpa dan kertas yang berkualiti. Nilai nisbah ini ditentukan sebagai dua kali ketebalan dinding gentian dibahagikan dengan diameter lumen gentian. nisbah Runkel = (2 x ketebalan dinding gentian)/diameter lumen gentian |
fibre optic | gentian optik | Fizik | Nanoteknologi | Gentian pemanduan cahaya berasaskan pantulan dalam penuh yang terdiri daripada silinder halus kaca atau plastik bersalut bahan berindeks biasan lebih tinggi. Gentian ini digunakan dalam sistem komunikasi, pencahayaan, penderiaan, dan pengimejan optik. |
blown fiber | gentian tiup | Kejuruteraan | Tiada | Gentian optik yang dipasang di dalam tiub plastik sempit dengan menggunakan teknik seret likat udara. |
efferent fiber | gentian eferen | Sains Sukan | Biomekanik | Gentian dalam sistem saraf yang membawa maklumat motor. |
climbing fiber | gentian memanjat | Sains Sukan | Biomekanik | Gentian khusus dalam serebelum yang berfungsi untuk membolehkan sistem motor biologi beradaptasi dengan rangsangan sensori baharu bagi membolehkan proses pembelajaran motor. |
bamboo fibreboard | papan gentian buluh | Buluh | Tiada | Papan gentian yang dihasilkan daripada buluh hancur yang dicampur dengan perekat dan lilin, dan dimampatkan menggunakan tekanan berserta haba. |
biocomposite | biokomposit | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Komposit yang dihasilkan daripada resin dan diperkuat oleh gentian matriks semula jadi. Biokomposit dikenali juga sebagai ekokomposit atau komposit hijau. Contohnya, gentian karbon, komposit kayu plastik dan komposit diperkuat gentian asli. |
parallel fiber arrangement | susunan gentian selari | Sains Sukan | Biomekanik | Corak gentian otot yang selari dengan paksi longitud otot. |
muscle fiber | gentian otot | Sains Sukan | Biomekanik | Unit asas dalam satu tisu otot. Gentian otot berbentuk silinder dan mempunyai banyak nukleus. |