Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~; ~ menanti putus, biang menanti tembuk prb, Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb, Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi; menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~; menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan; pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kecil atau sempit pd bahagian tengahnya: Pinggangnya ~. 2 = segenting kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar: Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. 3 jalan sempit di celah-celah pergunungan atau bukit: Kalau kita hendak pergi ke Temerloh, kita terpaksa melalui ~ Sempah. 4 hampir putus (ttg tali dll). 5 berbahaya; tegang (keadaan spt akan berlaku peperangan dll); tidak mesra (ttg perhubungan dsb); runcing: Polis dan tentera berkawal rapi utk menghadapi keadaan yg ~ itu. menggenting 1 menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2 menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~. menggentingkan 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). kegentingan keadaan genting; ketegangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genting I

Peribahasa

Genting putus,
     biang tembuk.

Bermaksud :

Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supercritical fluid extractionpengekstrakan bendalir lampau gentingHerbaTiadaKaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen dengan menggunakan bendalir lampau genting pada suhu dan tekanan rendah. Bendalir lampau genting seperti gas karbon dioksida atau nitrogen meresap melalui bahan pepejal herba dan melarutkan komponen dalam bahan herba. Contohnya, penyahkafeina daripada kopi (Coffea arabica) dan pengasingan kurkumin daripada kunyit (Curcuma domestica).
reduced equation of statepersamaan keadaan terturunKejuruteraanTiadaPersamaan keadaan apabila pemboleh ubah p, v dan T masing-masing diungkapkan sebagai pecahan bagi tekanan genting, isi padu genting dan suhu genting, dengan pecahan-pecahan yang berkenaan dinamai tekanan terturun, isi padu terturun dan suhu terturun.
super critical water reactor (SCWR)reaktor air lampau gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor nuklear yang menggunakan air lampau genting sebagai bahan penyejuk dan bendalir kerja untuk menjana elektrik.
super critical waterair lampau gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan air yang wujud pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi atas titik genting (374�C dan 22.1 MPa).
ridge tilegenting perabungPenilaian Harta TanahTiadaTiada
critical pointtitik gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorSuhu dan tekanan sesuatu bahan yang wujud serentak dalam fasa cecair dan gas secara seimbang tanpa perbezaan fizikal yang nyata.
critical micelle cencentrationkepekatan misel gentingKimiaKimia AnalisisKepekatan minimum yang diperlukan oleh bahan aktif permukaan untuk pembentukan misel.
critical heat flux (CHF)fluks haba gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorFenomena apabila perubahan fasa bahan penyejuk berlaku semasa pendidihan yang mengurangkan kecekapan pemindahan haba dan menyebabkan pemanasan setempat yang terlampau pada permukaan punca haba.
Stranski-Krastanov growthpertumbuhan Stranski-Krastanov (SK)FizikNanoteknologiSatu daripada ragam pertumbuhan filem tipis secara epitaksi pada permukaan hablur yang proses pertumbuhannya melibatkan dua langkah, iaitu pemendapan filem tipis lapis demi lapis sehingga mencapai ketebalan genting diikuti dengan pertumbuhan pulau disebabkan oleh ketakpadanan kekisi. Ketebalan genting bergantung pada sifat fizik dan kimia substrat dan bahan filem, seperti tenaga permukaan dan parameter kekisi. Pertumbuhan Stranski-Krastanov digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan SK. Lihat juga pertumbuhan Volmer-Weber (VW), pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM).
permanent gasgas tetapKimiaKimia AnalisisGas yang mempunyai suhu genting di bawah suhu bilik dan gas ini didapati mustahil untuk dicairkan dengan tekanan sahaja.
12

Kembali ke atas