gum | gusi; gam | Herba | Fitoterapi | 1. Tisu gentian yang diliputi membran mukus yang menyelubungi akar gigi, tulang rahang atas dan bawah. 2. Cecair pekat yang dikeluarkan oleh spesies tumbuhan tertentu. Gam akan berubah warna dan mengeras apabila terdedah kepada cahaya dan air. |
timing belt | tali sawat pemasaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tali sawat yang mempunyai gigi yang menghubungkan aci engkol yang memacu aci sesondol. Tali sawat ini menghubungkan kedua-dua aci melalui gear aci engkol dan gear aci sesondol. Tali sawat ini memutarkan aci sesondol pada arah yang sama dengan aci engkol pada nisbah kelajuan 1:2. Banding rantai pemasaan. |