Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.ling] | ݢيليڠ

Definisi : ; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah); menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll); menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah; gilingan aci atau gandar pd kincir; penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling; penggiling; ~ jalan giling-giling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.ling] | ݢيليڠ

Definisi : ; giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk meratakan atau memadatkan jalan. menggiling 1 menghancurkan atau melumatkan dgn benda berat: ~ rempah. 2 menindih dgn benda-benda bulat yg berat supaya padat atau rata. 3 mengapit di antara dua benda bulat yg berputar. 4 melanggar sesuatu dgn benda bulat yg bergolek; menggelek. penggiling benda yg digunakan utk menggiling. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giling

Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mill (to)gilingPentadbiran PerniagaanTiadaMenghancurkan atau melumatkan rempah dan lain-lain dengan batu giling dan anak batu giling.
compressionpemampatanFarmasiFarmaseutikSalah satu kaedah dalam proses pengecilan saiz partikel. Kaedah ini menggunakan lesung dan alu dengan pergerakan giling untuk melumatkan sesuatu bahan. Lihat juga pengisar giling.
grindcanai; kisar; gilingFizikTiadaTiada
grindcanai; kisar; giling; asahPerubatanTiadaAsah: Melicinkan atau menajamkan sesuatu dengan menggesekkannya pada permukaan yang kasar lagi kesat.
grindcanai; kisar; gilingPerubatanTiadaTiada
grindcanai; kisar; gilingKejuruteraanTiadaTiada
ground tumerickunyit gilingPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
grounded coconutkelapa gilingPentadbiran PerniagaanTiadaKelapa yang digiling untuk dijadikan kerisik.
grindcanai; kisar; gilingPertanianTiadaTiada
grindcanai; kisar; gilingKesenianTiadaTiada
12

Kembali ke atas