Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.lir] | ݢيلير

Definisi : ganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti); bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti; bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun; menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll) supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya; giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama; kegiliran memperoleh giliran; penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.lir] | ݢيلير

Definisi : , = giliran ketika atau peluang melakukan atau berlakunya sesuatu mengikut susunan yg teratur; pergantian yg teratur: Besok ~ kamu pula memasak. bergilir bertukar atau berganti mengikut aturan; berganti berturut-turut: Kerana perjalanan itu terlalu jauh, kami terpaksa ~ memandu kereta. bergilir-gilir sesudah satu yg lain pula; berganti-ganti: Tiap-tiap orang hendaklah ~ masuk ke dlm bilik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gilir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boulesboulesSukanTiadaPermainan membaling bola secara bergilir-gilir sehampir mungkin dengan bola lebih kecil yang dibaling awal. Permainan ini berasal dari Perancis.
hotel guest cyclekitaran tetamu hotelPelanconganTiadaKetibaan tetamu hotel secara bergilir-gilir mengikut musim. Contohnya, kebanyakan pelancong Arab akan menginap di hotel pada bulan Julai hingga September pada setiap tahun.
kabaddikabadiSukanTiadaPermainan yang melibatkan dua pasukan dengan tujuh (7) orang pemain, bergilir-gilir mengejar dan menyentuh ahli pasukan lawan tanpa ditangkap oleh mereka.
timesharing vacation ownershippemilikan percutian perkongsian masaPelanconganTiadaPenggunaan rumah percutian semasa bercuti secara bergilir-gilir mengikut waktu yang diagih-agihkan.
roundnetgelung jaringSukanTiadaPermainan antara dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada dua (2) orang pemain yang bergilir-gilir memukul bola ke jaring kecil seperti trampolin untuk mendapatkan mata.
show and tell sessionsesi tunjuk dan terangPendidikanTiadaKaedah pembelajaran dengan cara guru menunjukkan objek yang diketahui oleh murid dan memberitahu mereka di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Kaedah ini selalunya menggunakan barang peribadi, makanan kegemaran dan juga gambar.
antiphonantifonMuzikTiada1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik 2. Nyanyian oleh dua kumpulan korus secara bergilir-gilir dalam upacara gereja Katolik yang melibatkan nyanyian balas antara suara, bunyi dan melodi.

Kembali ke atas