calculus | kalkulus | Kejururawatan | Tiada | Batu karang yang mungkin terbentuk di pundi hempedu, duktus hempedu, ginjal, ureter atau pundi kencing. Jika di trek biliari ia dikenali sebagai kalkulus hempedu dan di ginjal sebagai kalkulus renal. |
nephrotic syndrome | sindrom nefrotik | Kejururawatan | Tiada | Sejenis penyakit ginjal yang bercirikan edema, kehadiran protein yang terlalu tinggi dalam air kencing, kekurangan protein dalam darah, dan tahap kolesterol yang tinggi dalam darah. |
urine | air kencing | Biologi | Tiada | Cecair yang dikumuhkan daripada ginjal mamalia, perkumuhan pejal atau semipejal pada burung dan reptilea. |
acute pyelonephritis | pielonefritis akut | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi akut pada pelvis dan tisu parenkima ginjal yang dicirikan oleh kesakitan pada loin dan disuria. |
adrenal glands | kelenjar adrenal | Kejururawatan | Tiada | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian atas ginjal yang terdiri daripada korteks dan medula. |
clinical signs | tanda-tanda klinikal | Perikanan | Akuakultur | Ciri-ciri abnormal yang boleh diperhatikan secara luaran dan dalaman ikan, seperti luka, perdarahan, mata membonjol, sisik tanggal, ginjal membengkak, dan hati pucat. |
uremia | uremia | Kejururawatan | Tiada | Manifestasi klinikal berkaitan dengan kehadiran urea dan kumuhan bernitrogen dalam darah pada jumlah yang banyak. Biasanya keadaan ini disertai dengan kegagalan ginjal. |
polyuria | poliuria | Veterinar | Tiada | Keadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista. |
spring viremia of carp (SVC) | viremia musim bunga pada kap (SVC) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis penyakit pada ikan kap yang disebabkan oleh virus daripada famili Rhabdoviridae. Penyakit SVC menyebabkan kerosakan ginjal, perdarahan limpa dan hati serta hilang daya keseimbangan. |
banned botanical | herba haram | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan atau ramuan herba yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam sebarang produk herba kerana mengandungi bahan fitokimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Contohnya, spesies Aristolochia mengandungi asid aristolokik yang menyebabkan ketoksikan ginjal. |