aristocracy | golongan bangsawan/golongan aristokrat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
adverse distinction | perbezaan bertentangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan membezakan sesuatu golongan dengan golongan yang lain atas dasar bangsa, warna kulit, agama, jantina, kekayaan atau kriteria lain. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang perbuatan ini semasa memberi layanan terhadap orang yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam peperangan, seperti orang awam dan anggota tentera yang telah meletakkan senjata kerana sakit, cedera atau ditawan. Contohnya, orang-orang yang sakit dan memerlukan rawatan tidak boleh dibeza-bezakan berdasarkan bangsa, warna kulit, agama, jantina atau kekayaan. |
public | rakyat; awam | Sejarah | Tiada | Golongan masyarakat yang merupakan golongan rakyat biasa, orang awam atau orang ramai. |
aristocracy | golongan bangsawan | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan yang memberikan kuasa tertinggi kepada golongan minoriti yang terbaik biasanya golongan bangsawan. |
infrahistoria | infrahistoria | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang berlegar di sekitar kehidupan orang kebanyakan. Biasanya karya ini mengisahkan kehidupan golongan miskin atau golongan rendah, biasanya kurang penting dan berlaku di tempat yang kurang dikenali. Istilah ini dicipta oleh Miguel de Unamuno, seorang penyair dan novelis yang menghasilkan novel Poesias dan Rosario de Sonetos. |
abbey | gereja; abbey | Kesenian | Tiada | Gereja: Tempat tinggal golongan Rahib yang mengasingkan diri untuk berbakti kepada Tuhan. Abbey: Tempat tinggal atau gereja untuk golongan Rahib di Perancis.,3. Abbey: Tempat tinggal atau gereja untuk golongan Rahib di Perancis |
yuppies culture | budaya yapis | Komunikasi | Tiada | Budaya yang diamalkan oleh golongan muda yang berpendapatan tinggi dan suka bermegah-megah dengan kemewahan yang dimiliki. Golongan ini suka membeli barangan mewah dan melakukan aktiviti golongan kelas pertengahan. |
word class | golongan kata/kelas kata | Linguistik | Tiada | Golongan kata yang mempunyai kesamaan dari segi bentuk dan/atau fungsi |
manners comedy | komedi tingkah laku | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komedi yang mengejek tingkah laku golongan menengah dan kelas atasan. Golongan ini dikatakan canggih dan memberikan tumpuan pada karenah percintaan remaja dan isu yang remeh-temeh. Kesan jenaka dimunculkan melalui dialog yang licik, pertikaman lidah dan sikap kepura-puraan golongan tersebut. Watak yang terlibat dalam drama ini digambarkan sebagai lucu, sinis dan kepura-puraan. Lihat juga drama satir, komedi, komedi satira. |
blue collar worker | pekerja kolar biru | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Golongan buruh atau pekerja yang menggunakan banyak tenaga fizikal dan biasanya melakukan kerja-kerja teknikal, kemahiran dan pertukangan. Pekerja ini termasuklah juruteknik, mekanik, tukang kayu atau besi serta kerja-kerja elektronik di kilang. Golongan ini selalu dibezakan dengan golongan kolar putih yang selalu dikaitkan dengan kerja pejabat seperti golongan perkeranian dan pengurusan. |