caklempung (Mal) | caklempung | Kesenian | Tiada | 1. Gong perunggu kecil bertombol. 2. Muzik tradisional dari Negeri Sembilan. |
dada (Mal) | dada | Kesenian | Tiada | 1. Sebahagian daripada alat gong. 2. Nada tiga dalam kerawitan Jawa. |
canang | canang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik 1.0pt">ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimainkan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. <i>Lihat juga i>sanang. |
bubaran | bubaran | Muzik | Tiada | Bentuk muzik dalam gamelan Jawa yang terdiri daripada gongan 16 bit. Setiap gongan ditandai oleh alat muzik yang bertindak sebagai penanda masa seperti ketuk (t), kenong (N), kempul (P) dan gong 1.05pt">(G). |