Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.tong] | ݢوتوڠ

Definisi : ; ~-royong tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama: sudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~-royong pd musim menuai padi; bergotong; ~-royong mengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama-sama: orang kampung ~-royong membina jambatan dan jalan-jalan kecil;menggotong membawa (sesuatu yg berat) bersama-sama orang lain (tidak seorang diri): ~ beras ke dlm kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.tong] | ݢوتوڠ

Definisi : ; gotong-royong sama-sama mengerjakan sesuatu; saling membantu ketika membuat sesuatu: Penduduk-penduduk kampung itu telah mendirikan sebuah masjid secara ~. bergotong-royong mengerjakan atau mengusahakan sesuatu bersama-sama: Mereka telah ~ membersihkan kawasan tanah perkuburan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gotong

Peribahasa

Ringan sama menjinjing,
     berat sama memikul.

Bermaksud :

Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
communal workgotong-royongPertanianTiadaTiada
nonmarketed goodsbarang tak diniagakanEkonomiTiadaBarang yang tidak diniagakan di pasaran tetapi ditukar melalui sistem tukar barang, atau diperoleh melalui kegiatan membuat sendiri. Misalnya, khidmat suri rumah dan kegiatan gotong-royong.
community relationsperhubungan kemasyarakatanKomunikasiKorporatSalah satu kaedah dan fungsi dalam bidang perhubungan awam yang bertujuan untuk memastikan citra syarikat atau organisasi dan institusi sentiasa berada dalam keadaan positif di mata khalayak, khususnya mereka yang berada di sekitar organisasi. Pendekatan perhubungan kemasyarakatan biasanya dirancang dan disesuaikan dengan budaya dan pola kehidupan khalayak di tempat syarikat atau organisasi beroperasi. Perhubungan kemasyarakatan boleh berlaku sama ada organisasi bersifat proaktif dengan menganjurkan aktiviti yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat setempat, atau membantu dan memenuhi keperluan masyarakat berdasarkan permohonan dan bantuan yang disediakan. Sistem perhubungan biasanya dilakukan melalui ketua masyarakat, seperti ketua kampung, penghulu, dan tuai rumah. Terdapat dua cara aktiviti kemasyarakatan dilakukan, iaitu secara terancang dan tidak terancang. Antara aktiviti secara terancang yang kerap dilakukan termasuklah gotong-royong, kemp

Kembali ke atas