Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.yah] | ݢويه

Definisi : 1 tidak kukuh letaknya (ttg gigi dll); mudah dicabut; goyang: Mana-mana gigi yg ~, baik dicabut. 2 ki tidak tetap atau tidak teguh pendirian: Mereka yg ~ keyakinannya mudah terpengaruh oleh janji yg muluk-muluk. menggoyahkan menyebabkan jadi goyah; menjadikan tidak tegap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goyah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exploitable channelsaluran boleh eksploitasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLaluan komunikasi yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah atau goyah, seperti paket yang tidak disulitkan. Keadaan ini akan menyebabkan laluan tersebut mudah dieksploitasi oleh pengguna hasad.
PHF attackserangan PHFTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas pelayan web Apache versi awal yang menggunakan skrip PHF yang goyah. Serangan ini menyebabkan limpahan penimbal pada komputer yang disasarkan sehingga menyebabkan kod hasad yang terlimpah diproses oleh komputer sasaran.
inflammatory resorbtion of primary teethkeradangan resorb gigi primerPergigianTiadaProses keresorban akar gigi desidus akibat keradangan di kawasan hujung akar atau furkasi akar. Keradangan tisu di sekeliling gigi berpunca daripada trauma atau pulpa terinfeksi akan mengakibatkan resorbsi akar gigi tersebut, seterusnya gigi menjadi goyah dan mungkin tertanggal.

Kembali ke atas