graphite | grafit | Fizik | Nanoteknologi | Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron. |
carbon nanotube | nanotiub karbon | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding. |
layer structure | struktur lapisan | Fizik | Nanoteknologi | Struktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom). |
single-walled carbon nanotube | nanotiub karbon dinding tunggal | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis nanotiub yang terdiri daripada satu lapisan dinding grafit. Lihat juga nanotiub. |
high temperature gas reactor (HTGR) | reaktor gas suhu tinggi | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear yang menggunakan gas helium sebagai bahan penyejuk dan grafit sebagai bahan penyederhana neutron. HTGR beroperasi dengan suhu bahan penyejuk (700�C - 1000�C) yang jauh lebih tinggi daripada suhu bahan penyejuk reaktor air ringan (280�C - 320�C). |
microelectrode | mikroelektrod | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod kerja kecil yang mempunyai luas permukaan antara 1 mm2 hingga 10mm2 dan digunakan dalam teknik polarografi ataupun teknik voltammetri yang lain. Ia dibina daripada bahan-bahan lengai yang boleh membawa arus seperti raksa, platinum, emas, perak dan grafit. Mikroelektrod biasanya terdiri daripada dawai halus atau ceper yang diletakkan di dalam tiub kaca, kecuali jika ia dibina daripada raksa. |
nanocrystal | nanohablur | Fizik | Nanoteknologi | Susunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel. |