Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga); menggredkan menentukan gred (mutu); penggredan perihal atau perbuatan menggredkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /gréd/ 1 peringkat atau darjah sesuatu nilai dll; mutu: Padi itu dibeli dgn harga yg ditetapkan mengikut ~ masing-masing. 2 kelas bagi barang-barang yg sama jenisnya: Getah asli dikeluarkan dlm berbagai-bagai bentuk dan ~. 3 peringkat atau tingkatan kelulusan (dlm peperiksaan dll): Ani mendapat ~ pertama dlm peperiksaan SPM. menggredkan membahagi-bahagikan mengikut gred: Pekerja itu ~ telur mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gred


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
multigrade oilminyak pelbagai gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang berkelikatan rendah ketika sejuk dan tinggi ketika panas berbanding minyak satu gred. Kelikatan minyak yang rendah diperlukan untuk memudahkan pengengkolan enjin, manakala kelikatan yang lebih tinggi diperlukan untuk A mengekalkan pelinciran yang baik kepada komponen dalaman enjin ketika beroperasi. Contoh piawaian penggredan minyak yang popular ialah piawaian gred kelikatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif Amerika Syarikat (SAE). Bagi minyak SAE 10W-30, kod 10W bermaksud berkelikatan maksimum 3500 cP ketika sejuk, iaitu pada suhu -25°C. Kod 30 pula bermaksud kelikatan pada suhu tinggi, iaitu pada 100°C dalam julat 9.3-12.5 cSt. Sinonim minyak pelbagai kelikatan Banding minyak satu gred.
viscosity ratingpengkadaran kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinPenunjuk kelikatan bagi minyak pelincir. Piawaian yang biasa digunakan adalah berdasarkan sistem klasifikasi yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif (SAE), Amerika Syarikat untuk kegunaan musim panas dan musim sejuk. Contoh gred musim sejuk ialah SAE5W, SAE10W dan SAE20W. Manakala gred musim panas ditandakan sebagai SAE20, SAE30, SAE40 dan SAE50. Kebanyakan minyak pelincir biasa mempunyai dua gred contohnya SAE10W-50. Di samping piawaian ini, terdapat beberapa piawaian lain yang digunakan seperti ISO yang menggredkan minyak mengikut gred tertentu. Contohnya, minyak gred ISO 32 yang mempunyai julat kelikatan 28.8 cSt hingga 35.2 cSt dengan titik tengah 32 cSt.
single grade oilminyak satu gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
food gradegred makananPertanian OrganikTanaman Makanan-
food grade qualitykualiti gred makananPertanian OrganikTanaman Makanan-
herbal gradingpenggredan herbaHerbaTiadaProses isihan bahan herba mengikut gred kualiti tertentu yang telah ditetapkan dalam spesifikasi herba. Kriteria kualiti yang dinilai merangkumi aspek pencirian organoleptik seperti saiz, warna, bau, rasa, tekstur dan tahap kesegaran bahan herba.
multiviscosity oilminyak pelbagai kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinLihat minyak pelbagai gred.
Society of Automotive Engineers (SAE)Persatuan Jurutera AutomotifKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLabel yang menunjukkan gred atau ukuran minyak berdasarkan piawai yang ditetapkan oleh persatuan kejuruteraan automotif.
viscosity indexindeks kelikatanKejuruteraan AutomotifEnjinUkuran perubahan kelikatan minyak pada suhu 100°C. Minyak rujukan yang digunakan ialah jenis Pensylvania (minyak be- rasaskan parafin) yang diberikan indeks 100 dan jenis Pantai Teluk Texas (minyak berasaskan naftena) yang diberikan indeks sifar. Indeks tinggi menandakan perubahan kelikatan yang kecil dengan perubahan suhu dan diperlukan untuk enjin yang beroperasi dalam julat suhu yang besar. Indeks rendah pula menandakan perubahan kelikatan yang besar dengan perubahan suhu. Contohnya, minyak pelincir gred 0W30 mempunyai indeks 211, gred 5W30 mempunyai indeks 168 dan gred 10W30 mempunyai indeks 143. Semua minyak ini mempunyai kelikatan yang sama pada suhu 100°C. Pada suhu yang lebih sejuk, gred 10W30 berkelikatan tertinggi, manakala 0W30 berkelikatan terendah dan akan mula mengalir dengan lebih mudah pada suhu sejuk. Lihat juga kelegaan injap. Modul komputer yang mengandungi maklumat dan atur cara mengikut konfigurasi enjin seperti data tentang operasi enjin. Maklumat dan atur cara ini digunakan tanpa boleh diubah suai oleh pengguna yang tidak bertauliah. Singkatan PROM.
12

Kembali ke atas