Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ru] | ݢورو

Definisi : 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ru] | ݢورو

Definisi : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru

Puisi
 

Dari mana mula dikejar,
     Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
     Cuba hadap sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bak nyiru bak tampian,
     bak guru bak anak sasian.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catch-up planpelan pencepatPendidikanTiadaTindakan susulan yang singkat bagi tempoh pemulihan segera dengan berpandukan analisis kandungan asas kurikulum untuk guru-guru membantu murid yang tidak dapat menguasai tajuk pembelajaran ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
networked learningpembelajaran terangkaiTeknologi Maklumate-PembelajaranProses pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, atau guru dengan guru dari institusi yang berbeza melalui persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Bahan pembelajaran digital boleh dikongsi dan diguna pakai bersama.
synchronous learningpembelajaran segerakTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. Kemudahan seperti sidang video atau telesidang digunakan jika pelajar dan guru berada di lokasi yang berbeza. Banding pembelajaran tak segerak.
show and tell sessionsesi tunjuk dan terangPendidikanTiadaKaedah pembelajaran dengan cara guru menunjukkan objek yang diketahui oleh murid dan memberitahu mereka di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Kaedah ini selalunya menggunakan barang peribadi, makanan kegemaran dan juga gambar.
asynchronous learningpembelajaran tak segerakTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi bukan dalam masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi berbeza. Pelajar boleh menggunakan kemudahan pembelajaran seperti bilik darjah, komputer dan bahan pengajaran yang sama, tetapi mengikut giliran penggunaan pada waktu yang berbeza. Banding pembelajaran segerak.
self learningpembelajaran kendiriTeknologi Maklumate-PembelajaranPembelajaran yang dilakukan oleh pelajar secara sendiri tanpa bantuan guru atau pelatih. Pembelajaran ini lebih mudah dengan adanya teknologi Internet dan e-pembelajaran.
recursive feedbackmaklum balas rekursifTeknologi Maklumate-PembelajaranReaksi atau maklum balas yang diberikan secara berulang oleh guru, rakan, atau perisian terhadap sesuatu tugasan, pentaksiran, aktiviti pembelajaran, atau maklum balas terhadap maklum balas sebelumnya.
virtual learning environment (VLE)persekitaran pembelajaran mayaPendidikanTiadaSebuah platform berasaskan web untuk pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar secara dalam talian.
high-stake testingujian kepentingan tinggiPendidikanTiadaProgram pentaksiran yang keputusannya mempunyai kesan yang penting kepada pelajar, guru, sekolah, atau negara, seperti kepentingan dari segi kenaikan kelas, pensijilan, dan pengijazahan.
kawikawiKesusasteraanTiadaOrang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin.
123

Kembali ke atas