locking hubs | hab mengunci | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Hab yang boleh dimasukkan dan dikeluarkan dari gear pemacu, supaya bahagian gandar depan tidak digunakan untuk memacu (bebas) sementara kenderaan dipacu oleh dua roda belakang. |
hub | hab | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit tengah yang menempatkan roda yang dipasang dengan bolt. |
hub | hab | Sukan | Lumba Basikal | Alat di bahagian tengah roda yang dicantumkan pada lingkaran rim. |
spoke | jejari | Sukan | Lumba Basikal | Alat yang menghubungkan hab dan rim basikal. |
wheel | roda | Sukan | Lumba Basikal | Alat yang dilengkapi tayar, rim, jejari dan hab. |
low dead-volume syringe | picagari sifar larutan | Perubatan | Tiada | Sejenis picagari sifar pembaziran apabila jarum suntikan yang mempunyai saiz hab (penghubung antara picagari dan jarum) minimum dapat mengeluarkan kesemua larutan vaksin daripada picagari dan masuk ke dalam badan manusia sepenuhnya. Picagari ini dapat memaksimumkan jumlah dos yang boleh dihasilkan daripada sebotol vial (bebuli) vaksin sekali gus dapat mengelakkan pembaziran vaksin berbanding picagari biasa berikutan tiada jumlah larutan yang akan tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan. |
tiger economy | ekonomi harimau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih. |