burnout | bakar lebur; bakar habis | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,2. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear. |
due date | tarikh habis tempoh; tarikh matang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tarikh atau tempoh tamat pengambilan perangkaan. |
caries free | bebas karies | Pergigian | Tiada | 1. Keadaan yang merujuk pada semua gigi yang hadir di dalam mulut sihat dan tidak mempunyai karies. 2. Peringkat penyediaan kaviti sebelum bahan restorasi dimasukkan ke dalam kaviti. Semasa peringkat ini semua karies di dalam kaviti telah habis dibuang. Pembuangan karies ini boleh dilakukan dengan menggunakan bur dan alat tangan. |
discount | diskaun | Ekonomi | Tiada | 1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut. |
positron | positron | Fizik | Atom dan Nuklear | Zarah keunsuran yang merupakan antizarah bagi elektron dan mempunyai cas elektrik +1e , spin + ½ dan jisim sama dengan elektron. Apabila positron memusnah habis dengan elektron jisim kedua-duanya bertukar menjadi tenaga dalam bentuk dua foton sinar gama. Pasangan elektron-positron boleh dijana oleh reputan radioaktif atau saling tindakan antara jirim dengan foton bertenaga melebihi 1.002 MeV. Sinonim nuklear positif. |