Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.bi.tat] | هابيتت

Definisi : (Bio) tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi: ada per­bezaan-perbezaan kecil pd rangka kejadian berjenis-jenis burung supaya masing-masing dapat sesuai dgn ~ dan kebiasaan-kebiasaan yg berlainan; ~ semula jadi habitat asli (bukan buatan manusia); ~ tiruan habitat yg dibuat (disedia­kan) oleh manusia utk menempatkan hidupan-hidupan tertentu bersesuaian dgn habitat semula jadinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.bi.tat] | هابيتت

Definisi : ist tempat hidup atau tempat tinggal organisma (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Tanah pun merupakan ~ bagi haiwan yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habitat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tempat tinggal, persekitaran.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HabitatHabitatPertanianTiadaMerujuk kepada tempat sesuatu tumbuhan didapati tumbuh. Terdapat sesetengah tumbuhan hanya tumbuh di habitat yang tertentu sahaja. Di Malaysia beberapa habitat boleh dikelaskan merujuk kepada jenis vegetasi iaitu vegetasi tanah pamah, bukit dan hutan gunung. Contoh habitat ialah paya, tepi sungai dan permatang atau rabung.
aerial habitathabitat udaraBiologiEkologiHabitat yang jauh dari permukaan bumi, misalnya habitat di atas cabang pokok bagi epifit, seperti Asplenium nidus.
habitathabitatHerbaBotani dan BioteknologiKawasan atau persekitaran yang didiami oleh populasi atau individu sesuatu spesies. Faktor cuaca, makanan yang bersesuaian dan tempat berteduh merupakan ciri penting bagi sesuatu habitat. Faktor ini mestilah memenuhi kehendak rantaian hidup setiap spesies di habitat tersebut. Contohnya, hutan paya bakau merupakan habitat bagi pokok berembang dan pedada.
habitathabitatBiologiEkologiTempat tinggal sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan, yang membolehkannya mendapatkan keperluan hidup, seperti makanan, tempat perlindungan, dan sekitaran yang sesuai untuk membiak. Misalnya, habitat bakau kurap, Rhizophora mucronata ialah di hutan bakau, dan habitat ulat gonggok, Trigoniulus lumbricus ialah di dasar hutan.
lentic habitathabitat lentikBiologiEkologiHabitat air bertakung, misalnya tasik, kolam, dan paya.
lotic habitathabitat lotikBiologiEkologiHabitat air yang mengalir, misalnya sungai dan mata air.
habitathabitatKependudukanTiadaTiada
habitathabitatPerikananTiadaTiada
habitathabitatPerhutananTiadaTiada
habitathabitatPerubatanTiadaTempat kediaman semula jadi sesuatu organisma.
12345678910...

Kembali ke atas