dust ruffle | ropol habuk | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan fabrik atau kambi yang tergantung di hadapan kaki katil sehingga ke lantai untuk menghalang habuk. Ropol habuk juga boleh dijadikan sebagai salah satu daripada unsur hiasan bilik tidur. |
dust board | bod habuk | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bod yang diletakkan di antara dua laci meja, bertujuan menutupi permukaan hadapan serta melindunginya daripada kotoran dan habuk. |
extender | ekstender | Perhutanan | Tiada | Bahan lengai seperti habuk kayu, tanah liat, dan tepung yang ditambah oleh pengguna kepada resin buatan bagi menambahkan isi padu bahan, dan dengan demikian mengurangkan harga atau untuk memperbaiki sifat-sifat yang dikehendaki. |
cleaning | pembersihan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyingkiran habuk logam daripada permukaan sebelum pengecatan. |
bronchitis | bronkitis | Herba | Pemiawaian | Radang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra). |
air blow setting room | bilik sembur angin | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bilik untuk membuang habuk, air dan kotoran pada rangka kereta dengan menggunakan semburan angin. |
bamboo briquette charcoal | arang brikuet buluh | Buluh | Tiada | Arang berbentuk bongkah yang dihasilkan daripada mampatan habuk buluh atau arang buluh hancur. |
sludge | enap cemar | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enapan lekit yang terdiri daripada minyak pelincir kotor, air dan habuk. Enapan ini terbentuk daripada hakisan enjin. |
antimacassar | antimakasar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis kain untuk menutup atau melindungi bahagian belakang dan lengan kerusi atau sofa daripada terkena kotoran atau habuk. |
biowaste | biosisa | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sisa yang terdiri daripada bahan organik yang boleh terurai dalam keadaan aerob dan anaerob. Contohnya, habuk kayu, sisa tumbuh-tumbuhan dan sisa makanan. |